before aku gitau kepada kalian2 tentang plan aku ape aku nak buat pada bulan mulia dan durian runtuh pahala pada 1 ogos akan datang (insyaAllah tarikh puasa), aku nak berceloteh sedikit tentang beberapa perkara yg membuat aku sedar dalam minggu nie.
kejadian pertama,
aku baru je balik shopping drpd tesco. ade tesco baru bukak kat bukit beruntung. mall paling dekat dgn rumah aku. dan aku harap Giant pulak akan bukak sbb aku tak suke shopping di tesco kerana mereka milik org US yg berkemungkinan aku menjana ekonomi mereka utk mengebom saudara2 aku di palestin.
after balik shopping tuh, adelah satu pak cik warga asing nak jual something kat kami. aku dah nampak dah pak cik nie dari tadi sbb dia jual brg kat satu family nie tapi family nie tak nak beli. pastu pak cik nie dtglah ke kami. belum sempat pun pak cik nie ckp pape mak aku dah angkat tangan menunjukkan dia tannak beli barang dia. aku pulak sebaliknya, aku teringin nak tgk ape yg dia jual, memandangkan dlm purse aku ade rm10 (aku pokai) huhu.. tapi aku tak sempat nak panggil dia, mak aku suruh aku angkat barang tolong dia. bile aku pandang ke arah pak cik tu, dia dah pun bla. aku berasa sedikit terkilan la sbb aku tak dpt nak bersedekah hari tu. tapi aku pun pujuk la hati aku, Allah akan reward aku dgn niat aku. InsyaAllah manalah tau =)
pastu esoknya, ade lah sorang budak lelaki bg salam kat depan rumah.
katanya daripada rumah anak yatim jual makanan. aku pun berasa happy sbb akhirnya aku dpt berlanjakan duit rm10 tu utk bersedekah. mmmg aku borong bnyklah jugak. =)
pengajaran yg aku dpt kat sini, kite jgn putus asa. kalau niat kita baik, Allah Maha Mengetahui dan insyaAllah berkemungkinan anak yatim tuh lebih memerlukan duit drpd pak cik tu td. pasti lah ade hikmahnya. kalau lah aku beli something drpd pak cik tuh, mungkin aku tak dpt nak bg pape pada anak yatim yg dtg depan rumah aku hari tu.
kejadian kedua,
actually bukan kejadian pun, aku surf tumblr (aku dah ade tumblr skrg)
dan aku came across one hadith yg sgt menyentuh jiwa aku.
"
laksanakanlah amalan semampu kalian sesungguhnya Allah swt tak pernah bosan sehinggalah kamu sendiri yang berasa bosan,amalan yang paling disukai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit" (riwayat bukhari dan muslim)
Allah sgt kenal dengan hambaNya, selalunya, aku kalo first2 buat semangat sgt, sampai aku tak kisah ape dah
tapi bile dah buat bnyk kali then ditambah pulak dgn dosa, iman semakin luntur, mulalah istilah bosan dalam hati aku. istilah jemu. aku rasa terpukul sgt, sbb Allah sendiri pun tak pernah bosan menerima amalan hambanya utk diberi pahala dan sebagainya, kita yg the fact tak de pape pun rase bosan utk menjadi hamba Allah? bosan dengan ujian? bosan dengan hidup?
astaghfirullahal azim~~
plan ramadhan pula,
selain mantapkan yg wajib dan tambah perkara sunat
aku nak tulis diary ramadhan.
kat dlm diary tu aku akan tulis setiap ibadah yg aku buat sepanjang ramadhan dan tahun depan aku kena jadi lebih baik dr itu.
dan amal tambahan sebagai seorg remaja
setiap hari kena cari ilmu baru, tak kisahlah hadith ke, ayat al-quran ke, science facts ke, ilmu memasak ke pape jela.
dan aku akan tulis kat dalam diary tu.
u guys try la, mane tau meningkatkan semangat dalam beribadah kpd Allah.. aku pun baru nak try.
pape pun, moga Ramadhan ini lebih baik drpd Ramadhan sebelumnya.
smoga segalanya berjalan lancar dalam bulan ramadhan ni :)
BalasPadam