Ahad, 7 Julai 2013

north selangor peatswamp forest scientific biodiversity expedition 2013 (2)

Assalamualaikum wbt..

aku baru je balik dari kuala selangor hutan gambut.
Banyak perkara yang berlaku in a week.
Tapi sangat2 berbaloi.

Aku bukan hanya berpeluang untuk interact dgn alam tapi dengan manusia.

Aku perasan yang Allah telah banyak berlaku Ihsan dgn kita semua. Ihsan bermaksud bersungguh-sungguh. Bile tgk semua benda dan kecantikan alam yg Allah sediakan utk manusia, layak ke kite tannak berlaku ihsan kembali kepada Allah? Bile aku naik bot menyusuri sungai tengi beberapa kali, aku nampak banyak sgt perkara yang aku tak nampak before nie. Pokok2, ikan dalam sungai, burung yang cuba untuk menyaingi bot, angin yang sepoi2 bahasa dan even pepatung (dragonfly). Semuanya sangat cantik dan sempurna tapi manusia abaikannya.




Dalam menghadiri expedisi nie aku sangat risaukan ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi. Sbb terlalu sibuk aku tak sempat sgt nak baca AQ, hafazan, nak baca buku fikrah walaupun aku ade lah curi2 baca. Tapi satu perkara yang aku dapat dari ekspedisi nie adalah reason kenapa nak baca ma'thurat setiap hari dan 2 kali pula tu. sebabnya utk firm kan faith kite kepada Allah dan islam. Aku hanya rasakannya bile diuji. Duduk dgn org2 yang tak amalkan islam membuatkan kite hampir2 dilute bersama dgn mereka. Tapi bile baca ma'thurat lagi2 surah al-baqarah yang mmg mengembalikan kite kepada jalan yang betul.

"Kitab ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, iaitu mereka yang melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. dan mereka yang beriman kepada al-quran yang diturunkan kepadamudan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin dengan adanya akhirat. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"  (al-baqarah:1-5)

Pekara lain yang aku sedar adalah, setiap kali aku pergi ke mana2 event yang bukan dalam lingkungan akhwat pasti akan menjadi center of attention. Before nie masa pergi kem volunteer tu pun semua org kenal kitorg. kali nie bile pergi expedition nie pun semua org realize lah nottingham dan even kenal aku. Bile aku fikir2 balik, betul lah Allah dah mudahkan semuanya nak buat dakwah tu. Baru2 nie dalam usrah ashik dapat pasal para daie sentiasa dalam protection Allah selagi kite buat kerja dakwah.

p/s: "Apabila ibadah tidak terasa kemanisannya, itu petanda hati telah dibebani dosa mata." [Ustaz Pahrol Mohd Juoi]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan