Ya, kite selalu terlupa utk memperbetulkan niat kite sbb kite berbuat sesuatu. Sbb tu lah kadang2 jadi sampai matlamat kite pun salah.
Adik aku share lah pasal couple. Sbb aku yang tanya at the first place. saja nak tanya pendapat. so dia pun ceritalah pasal result dia dan rakan2 dia yang cemerlang compare kawan2 dia yang couple dan ada contact lelaki. dan bagi satu lagi dalil pasal perempuan yang baik utk lelaki yang baik. Bile aku fikir2 patutlah selalunya orang2 yang berpegang pada alasan macam nie dia tak dapat nak stay single atau pure in a long time. Sbb ape sbb niat dia dah salah. Pertama niatnya adalah utk dapat result cemerlang sbb kite tahu maksiat dan ilmu tu tak kan dapat bersatu sbb ilmu tu cahaya dan maksiat tu mengelapkan so hati takkan dapat nak terima kedua2nya sekali in one heart. Tapi ade je certain orang yang even sekolah agama pun tapi couple dan dapat result cemerlang. So orang yang tgk situasi nie akan keliru. Kite boleh je nak kata mungkin Allah uji dia or mungkin jugak istidraj, tapi still...
Atau kalau kite bagi dalil perempuan baik utk lelaki baik, so seseorang akan stay jauh2 dari maksiat sbb ni. mcm mana pulak org yang mmg kurang baik, so dia akan reda je lah yang dia akan dapat org yg jahat? seolah2 membuatkan dia putus asa dan rasa " aku mmg dah jahat mane layak utk org yg baik2"
sbb tu aku rasa kalau nak buatkan seseorg tu jauhi couple atau ape2 yang mendekatkan diri dari zina nie first skali adalah betulkan dalam hati dulu. Kita kena betulkan pemikiran dia dulu iaitu buat sesuatu sbb Allah. sbb Allah kekal. kalau kita buat sebab2 di atas, semua tu tak kekal dan berubah-ubah.
First skali aku rasa kite review dulu ape maksud islam. Islam nie masudnya tunduk dan patuh kepada Allah setiap saat, setiap ketika. Bile kite mengaku diri kita islam, seorang muslim, seorang yang mengucap dua kalimah syahadah, kite kena rela utk tunduk dan patuh kepada Allah dan syariat Allah. Tidak layak sesorang yang mengambil syariat Allah separuh2 dan mengaku diri islam. Mungkin separuh islam, separuh kafir. Dalilnya,
" Barang siapa yang berhukum dengan apa yang tidak diturunkan Allah maka mereka itulah orang yang kafir" (5:44)
" Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan Rasul-RasulNya dan hendak membezakan antara Allah dan para Rasulnya, dan mereka berkata : kami beriman kepada setengah dan kafir kepada yang lain dan mereka hendak mengambil jalan tengah antara itu. Mereka itulah orang yang benar-benar kafir..." (4: 150-151)
" Apakah kamu mengambil sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang lain. Tiada balasan untuk yang demikian itu melainkan akan ditimpa azab kehinaan di dunia sedangkan di akhirat akan dimasukkan ke dalam azab yang pedih. Dan tidaklah Allah lengah dari apa yang kamu kerjakan" (2:85)
samalah macam orang yang menghalalkan couple tapi still solat, puasa, umrah, haji, pergi usrah. Eh..?
Sebab tu lah Allah mengatakan dalam surah al-baqarah ayat 208
" wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan"
Maksud firman Allah yang terang lagi bersuluh nie mengatakan kepada kita yang kalau kita tak hidup cara islam dengan keseluruhan, tidak tunduk dan patuh kepada Allah secara keseluruhan sbb kite pilih apa yang kite nak dan senang dan buang yang kite rasa susah, MAKA jalan syaitan lah sedang dituruti. Takde jalan yang ketiga. Antara kita pilih islam keseluruhan atau jahiliyah keseluruhan.
ok, mungkin semua ni agak harsh, tapi ini lah kebenaran. Dalam bulan ramadhan yang mulia nie kite betulkan lah niat kite buat sesuatu kerana Allah, sbb nak tunduk dan patuh kepada Allah. Ramai orang dekat luar sana sgt suka kan kebaikan tapi dorang tak tau nak cari dekat mana dan selalu salah matlamat.
Tegak kan lah islam dalam diri kita dulu sebelum kita mahu melihat islam ditegakkan di tempat lain.
Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]
Setahun yang lalu
istidraj tu ape??...
BalasPadampemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya
BalasPadam