Isnin, 25 Mac 2013

The moment you submit

aku mulai tahu ada sesuatu yang menghalang aku untuk bergerak dalam tarbiyah lebih laju.

hidup aku makin kurang efficient dari hari ke hari rupanya semua berpunca dari satu perkara.

satu jahiliyah yang aku masih sayang dan aku masih simpan.

dan hari ini aku mahu segalanya berubah.

aku mahu lepaskan jahiliyah dan tunduk pada yang Esa dan melepaskan kepentingan diri dan hawa nafsu. Teringat baca buku dasar-dasar islam.
Islam tu maksudnya tunduk dan patuh hanya pada Allah setiap masa. 

dan aku tahu juga pada saat aku dah rela untuk tunduk, aku perlu rela juga untuk diuji.

macam aku diuji ketika memilih untuk berpindah masuk ke RI (rumah islam), ketika aku di uji ketika membeli kereta.

Hanya Allah sahaja yang tahu niat aku berbuat perkara demikian dan Allah benar2 telah menguji aku.

"The moment your heart are ready to submit to the Lord of the heaven and the earth, be prepared to be tested as your eman need to be verified by your action" 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan