tengah struggle wat essay 1000 words yang nak kena hantar esok, aku still
rasa nak taip something here before everything dissapear. My ideas always
dissapear if I don't write it quickly, the feeling is not the same (a.k.a
basi).
rentetan kisah nabi Daud semalam, Allah uji nabi Daud dengan mendatangkan 2
malaikat yang menyerupai 2 orang lelaki yang meminta untuk diadili. Seorang
lelaki menceritakan kisahnya iaitu lelaki kedua mengambil seekor kambingnya.
dan lelaki kedua itu sudah pun ada 99 ekor kambing yang lain. Dengan pantas
nabi Daud memarahi lelaki kedua yang belum pun lagi menceritakan kisahnya.
Malahan nabi Daud mengertaknya untuk memulangkan kambing lelaki pertama. Hal
ini kerana nabi Daud merasakan lelaki pertama tadi telah dizalimi oleh lelaki
kedua.
Tiba-tiba kedua2 orang lelaki itu ghaib dari pandangan nabi Daud. Ketika
itu nabi Daud tahu Allah sedang mengujinya. Lalu nabi Daud bertaubat pada Allah
kerana tergesa2 mengadili 2 orang lelaki tadi tanpa menjadi hakim yang adil.
setelah melakukan kesipalan itu nabi Daud menjadi seseorang yang lebih
baik. Ya, nabi Daud seorang yang baik tetapi setelah dia melakukan kesilapan
itu dia menjadi lebih baik.
Nampak tak significantnya kisah ni?
Manusia selalu tak sedar dan berangapan setelah melakukan satu kesalahan
kita menjadi tidak sempurna dan buruk pada pandangan manusia. Ya, mungkin
kesalahan itu menjadi our worst nightmare ataupun pengalaman paling pahit, tapi
itulah hidup. kita kena belajar dari kesilapan untuk menjadi lebih baik. Di
mata Allah jika kita berusaha bersungguh2 pasti kesalahan lalu itu akan
dipadamkan dari buku catatan kita bahkan seolah2 tak pernah terjadi pun.
alangkah Pengasihnya Allah, Tuhan kita semua.
Therefore (berlatih tulis essay), janganlah kita menghakimi seseorang
berdasarkan kesilapan yang dilakukan dahulu. Boleh jadi dia lebih baik dari
kita. Boleh jadi dia struggle lebih hebat dari kita. Tapi kita tak nampak.
Boleh jadi dia sebenarnya mahu minta bantuan utk berubah namun tahu pemikiran
negatifmu terhadapnya membuatkan dia tak mahu mendekatimu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan