Ahad, 14 Ogos 2011

program 3R


Remaja raikan Ramadhan

aku berpeluang untuk pergi ke program ni sebagai fasi
walaupun actually aku tak layak pun. huhu

tapi Alhamdulillah program nie sedikit sebanyak mengajar beberapa perkara baru kepada aku
dan membuka mata hati aku untuk tidak melepaskan peluang Ramadhan yang berbaki ni dengan perkara yang sia2.
ya aku mengaku aku hampir sahaja tertidur selepas 2 minggu berpuasa.
seakan2 aku tak mengambil peluang yang sewajarnya untuk memeriahkan Ramadhan kali nie.

betapa ruginya diri ini jika membiarkan hari2 dan detik2 yang akan datang tanpa rahmat,keampunan dan pembebasan api neraka.

mungkin tidak akan datang lagi peluang seperti ini lain kali.

salah satu perkara yang menarik hati aku pada ucapan ustaz yang memberi ceramah hari tersebut adalah

"sesiapa yang Allah pandang pada bulan Ramadhan tidak akan diazab selama2nya" (hadith sahih, boleh la google, aku tak carik pun)

jadi mcmne nak mencuri pandangan Allah. Agar Allah memandang diri yang hina nie?

dengan beramal semata2 kerana Allah

1) bertaubat dgn dosa2 lalu
2)bersedekah
3)berzikir
4)tadarus dan taddabur al-Quran
5)solat sunat

dan ape sahaja ibadah yang ikhlas dan mengikut al-quran dan sunnah

"Ya Allah, jika ini Ramadhan ku yang terakhir maka terimalah amalanku dan taubatku. Jika kau panjangkan umurku berilah kesempatan untuk bertemu Ramadhan yang akan datang"

dan jangan lupe untuk berdoa agar Allah memberi hidayah dan tetapkan hati kita di jalan hidayah Allah itu.

review aktiviti 

mencari klue utk explorace
mencari klue juga

perbincangan menjawab soalan fekah
tasmi' ayat 183 surah al-baqarah
dah dapat klue
ermm.. tak tau nak ckp ape
mendengar pengisian

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah 
saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat- malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (hari. Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan