Ahad, 7 Ogos 2011

bulan kedua bagi bumi


Tahukah anda2 sekalian dahulunya bumi kita ini berkemungkinan mempunyai 2 bulan orbit mengelilingi bumi?

Dalam kajian yang dilakukan, bulan kedua berkemungkinan bersaiz 1/3 daripada bulan. Dan dikatakan bulan kedua yang kecil ini menghempas bulan pada 10 juta hingga 100 juta tahun yang lalu kerana berlaku ketidakseimbangan. Peristiwa ini menjawab persoalan saintis yang tertanya-tanya mengapa bahagian bulan sebelah timur berlainan daripada sebelah baratnya.

Bulan kita mempunyai dua sisi permukaan yang sangat berlainan daripada sisinya yang lain. Sebagai contoh permukaan sisi satu rata dan rendah, tetapi sisinya yang lain jauh lebih tinggi dan mempunyai kawasan pergunungan.

Bulan kedua yang kecil ini mempunyai kira2 1200 km lebar dan terbentuk daripada pelanggaran yang sama seperti bulan yang kita lihat di langit hari ini. Saintis berpendapat bulan terbentuk daripada pelanggaran planet dan objek bersaiz Marikh.

Ahli astronomi mencadangkan bulan kedua terbentuk pada masa yang sama dengan bulan kita. Para saintis bersetuju bulan kita dilahirkan dari sejumlah besar sisa dari bumi bersaiz planet marikh dalam pada sejarah sistem suria.

Bulan kecil kedua boleh kekal statik dalam satu tempat di kenali sebagai orbit Trojan selama berpuluh-puluh juta tahun. Hal ini menyebabkan ketidakstabilan berlaku akibat orbit bulan mengembang jauh dari bumi.

Pelanggaran yang terhasil agak perlahan menyebabkan zahrah pada bulan kecil kedua berselerakkan satu lapisan tebal di atas permukaan bulan kita yang membentuk puluhan kerak pepejal batu tebal dan bukannya membentuk kerak.

"Ianya munasabah untuk bulan Trojan yang telah terbentuk dalam kesan gergasi, dan kerana ia tidak stabil selepas 10 juta kepada 100 juta tahun dan meninggalkan bukti zahrah pada bulan," kajian pengarang bersama Erik Asphaug, planet saintis di Universiti California, Santa Cruz, memberitahu SPACE.com. Bayangkan "bola-Gruyere berlanggar dengan bola cheddar."

sumber

http://news.yahoo.com/earth-had-two-moons-crashed-form-one-study-170201124.html

ilmu baru hari ini =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan