Ahad, 4 Mei 2014

Baru balik MMM 2014

Fuh...mmg seriously penat hadiri seminar millionaire marketing mastery 2014 by Richworks under Dr. Azizan Osman. Balik rumah je terus kena buat final year project sbb jumaat ni dah nak present.
Counting days before free from gengaman uni~~

19 days. Biiznillah...

Doakan mama, Abah n Ajim dapat pergi imkk jun ni.. Dapat 3 ticket free utk semua y hadiri MMM 2014.

Selasa, 29 April 2014

doing coursework in the middle of the night

rabu nie kena hantar coursework 1000 words so bile dah tak larat nak baca journals or website minta software yg bacakan. walaupun kadang2 sebutannya aneh sekali. you guys can download it too..


Jumaat, 11 April 2014

istiqamah dan harapan

sapa pernah baca dan dapat taujihat hadis ke empat imam nawawi

pagi nie recap dalam usrah dan satu benda yg tersentuh adalah pada bahagian akhir hadis nie.


Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.       

bahagian pertama tu ibrah yg kita boleh dapat adalah istiqamah. sbb ramai org boleh buat kebaikan or start buat kebaikan tapi sgt sedikit org yg mampu utk istiqamah. utk tetap berdiri mengatakan Tuhan aku adalah Allah even dalam apa situasi pun. sbb ada org yg dah buat kebaikan whole his life sampailah one point buat kejahatan sbb tak tahan. sikit je lagi nak dapat syurga tu tapi sbb buat kerja half way tak dapat syurga.



bahagian satu lagi adalah HARAPAN utk para pendosa. Aku mmg perasan dalam Al-quran Allah selalu sgt bagi harapan, expand our mind. cuba bayangkan surah at-taubah adalah surah yg tak de bismillah tapi nama dia At-taubah and sebanyak 66 kali Allah ulang perkataan taubat dalam surah tu. sebenarnya dalam surah tu Allah nak bagitau munafiq macam mana pun seseorg tu kalau dia bertaubat Allah terima.

and macam mana Allah keep cakap yg Al-quran ni adalah petunjuk kepada seluruh alam padahal rasulullah masa tu still kat mekah kot, org mekah sendiri tak nak terima islam macam mana nak sebarkan ke seluruh alam? dengan penindasan dan penyeksaan lagi. sesuatu benda yg tak logik. macam sekarang kita cakap satu hari nnt islam akan memegang tampuk pemerintahan dunia, tapi kalau tgk sekarang org islam di mana2 di tindas dan sgt mundur. sesuatu benda yg kita hampir2 tak percaya. Tapi Allah bagi HOPE. Allah kata akan terjadi.


Selasa, 1 April 2014

rasai lah ibadahmu

aku pernah terbaca dalam satu blog, kebanyakkan daie ada problem hilang rasa ibadah pada permulaan membawa halaqah atau certain point dalam tarbiyyah. and penulis blog tu kata "tahniah kerana anda dah pun meningkat ke satu lagi level yg baru dalam tarbiyyah"

so aku keep thinking, ape maksudnya? bukankah ia satu perkara yg menyedihkan, kenapa meningkat pulak? Then Allah memberi ilham pada aku.

masihkah kita ingat pada permulaan kita mendapat tarbiyyah dan hidayah buat sikit je (solat sunat, tadabbur AQ,zikir) terus rasa, terus menangis, terus rasa Allah tu Maha Sweet dan sebagainya. tapi as time goes by, kita makin immune, kadang2 ayat2 quran tak menyentuh pun hati kita. kadang2 after buat dosa kita tak boleh nangis pun untuk bertaubat, kadang2 kita rasa malas nak buat semua benda, kadang2 rasa menyampah gile dengan akhwat A,b dan C. Here is the reason: the higher u get in this path u need to do more in order to FEEL. ya, kita dah tak boleh lah buat ibadah macam time kita tak pegang halaqah, kita kena tingkatkan ibadah kita sbb kita nak bawa org lain kepada Allah. So hubungan kita dengan Allah pun mesti kuat.

And know one thing, the essence of ibadah is DOA.

Kita ni sangat lemah. bayangkan rasa dalam hati kita sendiri pun kita tak boleh control. that's why setiap masa minta pada Allah untuk RASA kita nie sedang beribadah.

and bile semua benda nie tak jalan jugak mintalah hati yg baru, dan usaha untuk rasa along the way sbb Allah tak tanya "kau Rasa tak buat ibadah sekian2?" Allah tanya "kau usaha tak untuk Rasa?"

Ahad, 30 Mac 2014

rehlah bertemakan jihad


last two weeks baru je jaulah gi perak. alhamdulillah this week pula baru je balik dari jaulah dan rehlah di  kelantan.

rasa sgt best and boosted sbb dari jaulah ke perak tu lagi I felt something.
masa tgh dgr lagu "indahnya jika kita dapat bersama hidup selalu gembira di dunia ini. lagi indahnya jika kita dapat bersama hidup selalu gembira di akhirat sana..." (tak ingat tajuk lagu n siapa yg nyanyi)

masa tu terdetik dalam hati "haah lah, everything i have and happen now is temporary"

yg kita mahukan saat gembira bukanlah di dunia sgt tapi di akhirat sana. setiap penat lelah, air mata, peluh, luka semuanya sementara. semuanya untuk akhirat sana.

then bila gi rehlah nie pun mmg compliment sgt dgn apa yg aku rasa.

aku ngaku aku hampir pengsan after buat aktiviti lumba berjalan. sbb oksigen tak sampai ke otak. masa tu aku mmg rasalah sedikit apa yg rasulullah rasa masa pergi ke taif bersama zaid bin harithah untuk sebarkan dakwah. and macam mana rasulullah terpaksa berlari dari taif sbb semua org keep baling batu ke arah dia. mesti rasulullah fit kan? sbb aku jalan je kot, panas pun panas khatulistiwa je kot bukan panas gurun and aku pakai kasut kot. I'm not fit enough.

petang tu dapat pengisian pasal jihad. masa nie mmg dush2 kat muka, hidung, perut semualah..

resolusi aku after rehlah nie adalah tidak berlengah2 lagi. sbb teringat Dr. Azizan kata FAST ACTION FAST RESULT! rupanya benda tu ada dalil iaitu 23:61 "mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya"

mmg reflek sbb kebanyakan tugas2 yg diberi oleh kakak2 aku selalu delay and buat lambat2 dan akhirnya tak siap pun. Bila baca kisah sahabat atau dgr kisah ikhwan rasa macam senang je kan Allah nak bagi dorg syahid. formula dia senang BERSEGERA. don't delay like bani israel yg bila nabi musa suruh sembelih seekor kambing mereka banyak bertanya2 padahal sebenarnya tannak buat pun. (boleh baca surah al-baqarah)

Selasa, 11 Mac 2014

let it go first.

minggu lepas merupakan saat homesick aku yg paling tinggi gara2 status facebook mama yg berbunyi


nangis kot baca status nie sbb sebulan lebih jugaklah aku tak balik and everytime tak balik aku bagi alasan nak buat final year project.

pastu bile watsapp dgn ajim pun, dia kata bulan 6 nnt baru balik rumah. aku dah macam "eh biar betul?" kalau aku sendiri mmg tak tahan ar. perkara ni membuatkan aku banyak berfikir. so aku reply watsapp tu dgn kata "banyakan bersabar, lagi pun kita nak bersama di syurga bukan di sini".

after reply tu aku nangis sbb aku tak tau betul ke ikhlas apa yg aku tulis tu. and aku tahu syurga tu akan menuntut banyak pengorbanan dari aku.

so aku nak dapat semangat aku pun search lah pasal pemuda2 yg syahid, ibu2 yg hebat dekat palestine.

ada satu kisah nie pasal ummu nidhal yg tak kisah menginfak kan anak2 dia fi sabilillah. so aku macam "wow!"
aku pun nak jugak ada family yg macam tu. so aku reflect balik, agak2 nya mak aku akan reda tak aku syahid? sbb apa? sbb ada bnyk lagi hak dia yg aku tak tunaikan. apa yg perlu aku buat sampai time aku syahid tu dia rela melepaskan aku?

bila fikir2 bile je masa kita nak spend time dgn family yg betul2 kualiti kalau bukan di syurga? dekat dunia nie after grad kita nak kena kerja, kahwin, dan so on...the list will not ended. ntah2 bila kita dah settle down dah ada kerja yg stable, mereka dah pun pergi meninggalkan kita..

hectic


starting to feel the warmness of final year!