Jumaat, 11 April 2014

istiqamah dan harapan

sapa pernah baca dan dapat taujihat hadis ke empat imam nawawi

pagi nie recap dalam usrah dan satu benda yg tersentuh adalah pada bahagian akhir hadis nie.


Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.       

bahagian pertama tu ibrah yg kita boleh dapat adalah istiqamah. sbb ramai org boleh buat kebaikan or start buat kebaikan tapi sgt sedikit org yg mampu utk istiqamah. utk tetap berdiri mengatakan Tuhan aku adalah Allah even dalam apa situasi pun. sbb ada org yg dah buat kebaikan whole his life sampailah one point buat kejahatan sbb tak tahan. sikit je lagi nak dapat syurga tu tapi sbb buat kerja half way tak dapat syurga.



bahagian satu lagi adalah HARAPAN utk para pendosa. Aku mmg perasan dalam Al-quran Allah selalu sgt bagi harapan, expand our mind. cuba bayangkan surah at-taubah adalah surah yg tak de bismillah tapi nama dia At-taubah and sebanyak 66 kali Allah ulang perkataan taubat dalam surah tu. sebenarnya dalam surah tu Allah nak bagitau munafiq macam mana pun seseorg tu kalau dia bertaubat Allah terima.

and macam mana Allah keep cakap yg Al-quran ni adalah petunjuk kepada seluruh alam padahal rasulullah masa tu still kat mekah kot, org mekah sendiri tak nak terima islam macam mana nak sebarkan ke seluruh alam? dengan penindasan dan penyeksaan lagi. sesuatu benda yg tak logik. macam sekarang kita cakap satu hari nnt islam akan memegang tampuk pemerintahan dunia, tapi kalau tgk sekarang org islam di mana2 di tindas dan sgt mundur. sesuatu benda yg kita hampir2 tak percaya. Tapi Allah bagi HOPE. Allah kata akan terjadi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan