Khamis, 2 Januari 2014

no turning back

tgh stay up study past year paper bersama adik yg tersayang tolong key in data untuk final year project. sampai mama tanya

"mimi bagi apa kat adik?"
aku jawab "pahala"

tapi dia yg semangat nak buat. huhuhu.. sampai bile makan betik dia still boleh buat kerja menaip sbb dia left handed. so makan belah kanan menaip belah kiri. siap kata
"kawan2 adik semua jelous dengan adik sbb boleh makan sambil buat kerja"

sebnarnya tak pernah perasaan org left handed ada keupayaan sebegitu rupa..quite amaze.

pastu ayah aku pulak beli buku pasa freemason, dajal, yahudi. pastu baca buku tu dekat mak aku. sampai mak aku lari tak nak dengar lagi dah lecture abah. yelah, pada mulanya mak aku yg tanya2 buku tu pasal apa. kitorg semua dah tahu yg movie, economy, social bak kata semua lah dah pun dikuasai oleh kebatilan yg tersusun nie.

pastu tadi ada terbaca paper online dekat metro rasanya ada sorg lelaki nie dia buat pembedahan tukar jantina. mmg tukar semua even dia punyer kemaluan pun. pastu dia kata dia menyesal sekarang. masa aku baca tu kan aku rasa bulu roma aku naik. aku membayangkan diri aku yg buat pembedahan tu and bile aku dah menyesal there is no turning back.

pastu masa tadabbur AQ terbaca ayat 44 surah Ibrahim

" dan berilah peringatan ketika manusia pada hari azab datang kepada mereka, maka org yg zalim berkata,
'Ya Tuhan kami, berilah kami kesempatan kembali ke dunia walaupun sebentar, nescaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul2' kepada mereka dikatakan ' bukankah dahulu di dunia kamu telah bersumpah bahawa sekali2 kamu tidak akan binasa?"

masa baca ayat nie mmg dapat bayang kan penyesalan org2 yg nak kembali ke dunia tu (boleh jadi diri sendiri nnt, mintak dijauhkan) tapi there is no turning back. Nothing.

pernah terbaca dekat tumblr org post, salah satu cara untuk muhasabah diri adalah membayangkan kita adalah salah seorg yg akan minta ke dunia tu kembali dan bayangkan Allah bagi untuk pulang dan kita sedang berada di dunia sekarang dan buat lah amalan sehabis baik supaya kita tak pulang kepada Allah sebagai seorg yg menyesal.

Rabu, 1 Januari 2014

Tahun baru 2014


Bimillah

pejam celik, sekejap je tahun 2013 meninggalkan kita dan percayalah 2014 nie pun akan meninggalkan kita dengan sekelip mata. Bukan kah dalam Al-Quran Allah menceritakan

" pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu mereka merasa seolah2 hanya tinggal di dunia pada waktu petang atau pagi hari" (79:46)

bayangkan seseorg itu boleh jadi hidup selama 100 tahun tapi bila di padang mahsyar nnt dia hanya merasakan hanya hidup di dunia selama beberapa jam. sbb waktu menuggu di padang mahsyar nnt lebih lama dan lebih menyeksakan. Kita tak tahu berapa lama kita harus tunggu di padang mahsyar sampai kita berjumpa Allah dan dihakimi. 

apa pun yg kita buat dan usahakan semalam, don't forget kita boleh buat lebih baik today.  



 p/s: examination week!

Selasa, 24 Disember 2013

semangat omar mukhtar

semalam aku tgk movie omar mukhtar (lion of the desert) tapi tak tengok sampai habis pun.
sbbnya aku tgk satu iklan nie kat tv astro pasal camne nak lembut kan hati kita. dia bagi lah beberapa cara contohnya macam : solat tengah malam, dengar bacaan quran yg sedap bacaannya, pergi ke kubur dan tgk a touching movie and dia bagi tajuk omar mukhtar.

nak tahu lebih lanjut pasal omar mukhtar ni boleh lah go here.

tapi yang aku nak ceritakan di sini adalah omar mukhtar dia start berjihad di medan perang melawan Itali pada usia dia 50 tahun. dan dia melawan tentera Itali for 20 years. Bile umur dia 70 tahun dia start sakit and akhirnya ditangkap oleh tentera Itali dan di hukum gantung.

bile aku baca2 pasal kisah dia ni rasa sgt malu dgn diri sendiri. Bayangkan kita yang muda nie selalu sgt lah tido, makan, bersenang2, penat, dan macam2 lagi. mmg tak boleh bayang bile umur kita dah 50 tahun nnt macam mana kita ye. mesti dgn bermacam2 penyakit, tak boleh berdiri lama sangat.

teringat satu scene dalam cerita nie masa nie tentera Itali dapat bantuan ketenteraan (dengan kereta kebalnya, shot gun nya) and negara2 lain pulak tak ambil tahu pasal peperangan antara mereka nie. so ramai lah suruh Omar mukhtar nie berundur dan menyerah diri. masa tu mmg rasa sgt penyerahan diri pada Allah tu. sbb mmg takde sape dah yg akan tolong mereka except yang memiliki kerajaan langit dan bumi- Allah. dah lah mereka berperang guna kuda and senapang patah je kot. Kagum~~

scene dalam cerita omar mukhtar

p/s: dah malas sgt baca, malas sgt dengar recording, janganlah malas tgk cerita tokoh2 islam.

Sabtu, 21 Disember 2013

a plant commit suicide

Assalamualaikum wbt..
insya Allah hari nie nak share sikit lah pasal final year projek aku yg sedang aku usaha kan..
ni tajuk FYP

pokok aku macam buat PCD

necrosis
tak taulah kenapa tapi pokok aku yg ade biochar (charcoal), kebanyakkannya daun dia ade burning tips and layu. aku syak dia melalui programmed cell death (PCD). Mende PCD nie?
PCD ni actually defence mechanism in plant untuk halang penyakit berbahaya yg dibawa oleh bacteria, virus or fungus dari attack the whole plant by killing the parts that is already infected.

Rasanya kalau nak sure kena tanya Dr. ajit sendiri.  

Selasa, 17 Disember 2013

population of muslims in malaysia

aku teringat ada sorg muajih nie dia buat calculation tentang statistik kes zina di malaysia. 74 ribu org islam di malaysia pernah berzina (tak kira yg tak di report). Maksudnya setiap 18 org islam ada sorg pernah berzina. Satu family average 5 org di malaysia, maksudnya setiap lebih kurang 3 keluarga akan ada satu kes berzina ( mak aku sendiri ada 9 adik beradik, dah ada 9 families). rasa takut sgt sbb baru2 nie dengar kes sorg sahabat yg sangat dekat baru je kena rogol. bile baca paper, kita tend too feel that person yg kena rogol/berzina/ragut/kena bunuh tu org yg jauh. rasa benda ni takkan terkena dekat kita. tapi it hit me hard enough, bile dengar kisah tu, rasa macam " banyak lagi kerja nak kena buat, ramai lagi yang tak kenal agama kat luar sana, ramai lagi yg nak kebaikan tapi tak tau nak dapat dekat mana" and kita sekarang yg Allah jaga, Allah pelihara, bagi nikmat iman and kefahaman agama, do nothing, lenggang kangkung, bergelut dengan jahiliyah, nak tak nak berfikir pasal umat. rasa sgt paraaahh... rasa berdosa. sbb kita tak tau satu hari nnt sbb kita malas nak berkorban utk islam, boleh jadi kes2 jenayah tu berlaku dalam family kita. or worse kita *nauzubillah*  

link

   
populasi malaysia pada 2012 adalah 29 juta. umat islam di malaysia adalah 14 juta. kalau setiap org islam di malaysia buat kerja dakwah, kita hanya perlu cari 3 org sahaja untuk di dakwahkan, dan ditarbiyyahkan. itu pun kalau semua org islam faham islam. 

semua org ada masa furturnya, tapi bile jatuh be strong enough to get up for the ummah.  

Khamis, 12 Disember 2013

penilaian manusia

bile kita rewind ujian2 yg Allah bagi pada kita, sebenarnya kita dah boleh agak ape yg Allah nak bersihkan dalam diri kita. 

Aku perasan yang Allah nak aku buat everything because of Him. 

Human can judge, they can try to analyze you, they may think that they know what you feel. But they don't. 

Aku tahu Allah nak ajar aku something, which is penilaian Allah tu lebih besar drpd penilaian manusia. Melihat kan kepada tabahnya adik2 usrah aku menempuh ujian, perkara nie banyak mengajar aku. dan maybe Allah nak aku rasa ape yg mereka rasa. yelah, kau tu tau cakap and bagi nasihat je tapi tahu tak ape yg mereka rasa. 

takkan ada kesusahan bersama Ar-Rahman.

satu sifat yg Allah mentioned dalam surah Taha after Allah kata " Kami tidak menurunkan Al-quran ini kepada mu agar engkau menjadi susah" (20:2).

Tak mungkin Allah yang mempunyai sifat Ar-Rahman menjadi penyebab kepada kesengsaraan. Sifat kasih sayang yg Allah beri tak kira pada org yg beriman atau tidak. Kasih sayang yang menyebabkan semua nikmat masih ada pada diri pendosa. Kasih sayang yang tidak membuka aib hambanya pada org lain.

Can read for yourself dalam surah Taha ayat 1-6 or read Khawatir Quraniah by amru khalid 


Isnin, 9 Disember 2013

Tears of Gaza

Bismillah..

Hari ni aku tgk cerita tears of Gaza after dah berapa lama aku pospone. Aku mmg nangis gile2 tgk dokumentari ni. Dia interview beberapa org dan kanak2 untuk tanya what happen, what do they feel bile israel serang dorg. Satu benda tentang mereka nie, mereka sgt tabah, kalau aku lah mmg dah break down into tears dah kalau org interview macam tu.
yg paling aku terkesan bile dorg interview sorg budak perempuan yg kaki dia dah tempang sebab kena bom. bapa dia mati depan mata dia, pastu adik2 lelaki dia gi lari cari bantuan kena tembak dgn tentera israel, pastu tentera israel bom bapak dia lagi sekali sampai berkecai into pieces depan mata dia. dan dia kata impian dia adalah mati syahid bersama dgn ayah dan adik2 dia. *nanges*...=(



seriously kena tengok sendiri.. lagi2 budak2 yg dah habis SPM nie kan.. janganlah tengok korea je... tengok lah cerita2 yg bermanfaat sikit.. huhuh.. ni nasihat seorg kakak yg dah dah beberapa tahun lepasan SPM.
beberapa movie cadangan untuk tgk sementara cuti sekolah nie

1. Valley of the wolves
2. Occupational 101
3. Alangakah lucunya negeriku ini (cerita indonesia)
4. Laskar pelangi (cerita indonesia)
5. Omar series
6. hafalan solat delisa (cerita indonesia)
7. Kun fayakun (cerita indonesia)

One thing to remember, we live for the ummah not for ourselves.