tgh stay up study past year paper bersama adik yg tersayang tolong key in data untuk final year project. sampai mama tanya
"mimi bagi apa kat adik?"
aku jawab "pahala"
tapi dia yg semangat nak buat. huhuhu.. sampai bile makan betik dia still boleh buat kerja menaip sbb dia left handed. so makan belah kanan menaip belah kiri. siap kata
"kawan2 adik semua jelous dengan adik sbb boleh makan sambil buat kerja"
sebnarnya tak pernah perasaan org left handed ada keupayaan sebegitu rupa..quite amaze.
pastu ayah aku pulak beli buku pasa freemason, dajal, yahudi. pastu baca buku tu dekat mak aku. sampai mak aku lari tak nak dengar lagi dah lecture abah. yelah, pada mulanya mak aku yg tanya2 buku tu pasal apa. kitorg semua dah tahu yg movie, economy, social bak kata semua lah dah pun dikuasai oleh kebatilan yg tersusun nie.
pastu tadi ada terbaca paper online dekat metro rasanya ada sorg lelaki nie dia buat pembedahan tukar jantina. mmg tukar semua even dia punyer kemaluan pun. pastu dia kata dia menyesal sekarang. masa aku baca tu kan aku rasa bulu roma aku naik. aku membayangkan diri aku yg buat pembedahan tu and bile aku dah menyesal there is no turning back.
pastu masa tadabbur AQ terbaca ayat 44 surah Ibrahim
" dan berilah peringatan ketika manusia pada hari azab datang kepada mereka, maka org yg zalim berkata,
'Ya Tuhan kami, berilah kami kesempatan kembali ke dunia walaupun sebentar, nescaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul2' kepada mereka dikatakan ' bukankah dahulu di dunia kamu telah bersumpah bahawa sekali2 kamu tidak akan binasa?"
masa baca ayat nie mmg dapat bayang kan penyesalan org2 yg nak kembali ke dunia tu (boleh jadi diri sendiri nnt, mintak dijauhkan) tapi there is no turning back. Nothing.
pernah terbaca dekat tumblr org post, salah satu cara untuk muhasabah diri adalah membayangkan kita adalah salah seorg yg akan minta ke dunia tu kembali dan bayangkan Allah bagi untuk pulang dan kita sedang berada di dunia sekarang dan buat lah amalan sehabis baik supaya kita tak pulang kepada Allah sebagai seorg yg menyesal.
Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan