Selasa, 4 Februari 2014

terbaik. yang terbaik.



beberapa minggu yg lepas, ade beberapa peristiwa yg berlaku waktu exam yg menyebabkan ayat yg pendek dari surah al-qasas ayat 77 nie keep popping in my mind.

kalau baca dalam tafsir "buatlah baik kepada (orang lain) seperti mana Allah berbuat baik kepadamu".

walaupun setiap hari berODOJ/ one day one juzu' mentadabbur al-quran, ayat tu jugak yg datang bile hati kesusahan. pastu beberapa hari selepas mentaddabur ayat tu dapat pula pengisian Dakwatunna (revision class). masa tu lagi lah dush2 mereflek diri macam mana selama ni membawa usrah, macam mana rancangan pembinaan adik2 dan diri sendiri. bile baca balik ayat al-qasas tu lagi lah menangis sbb baca sekali bahasa arabnya yg bermaksud "buatlah yang TERBAIK kerana Allah telah beri yg TERBAIK".

Ahsan bermaksud terbaik atau the best.

mmg betul, Allah telah beri segala2nya TERBAIK buat kita. ambil sahaja satu contoh seperti bintang. saya tak tahu kenapa saya sangat menyukai ciptaan Allah yang ini. dulu masa kecik2 pernah bercita2 nak jadi astronomer. kalau tengok siri2 dokumentari paling suke pasal angkasa. Ia sangat misteri dan cantik.

dokumentari dengan basikal aku menjelajah


satu hari after balik dari satu program (waktu mlm) saya melihat angkasa, pada waktu itu subhanAllah bintang bertaburan sgt cantik. saya boleh merenung langit selama berjam2 kalau tengkok saya tak sakit sbb tengok ke atas sambil berdiri. so saya tertanya2 macam mana sebenarnya bintang nie diciptakan? so saya google (buat research) so dapat info like bintang dilahirkan di nebula dan memerlukan tekanan yg sgt kuat, suhu at least 1500 degree celcius dan sekurang2nya separuh billion tahun untuk dilahirkan. masa tu saya macam tergamam sbb itu baru satu bintang, dekat langit tu ada sangat banyak bintang. dan untuk merealisasikan salah satu tujuan bintang diciptakan iaitu sebagai perhiasan langit untuk manusia satu bintang mana cukup. (kalau tengok langit dan ada satu bintang je mmg tak feel)

nampak tak AHSAN Allah dalam ciptaannya? perhiasan langit yg ada setiap malam adalah untuk manusia lihat, tadabburi dan senangi. masa tu just terfikir "mahalnya Allah buat perhiasan manusia ni".

contoh kalau kita sedih kan, pastu ada org hadiahkan pada kek coklat siap hias cantik2. kita akan rasa terharu dan tak sanggup nak rasa sedih kan? tapi Allah ciptakan bintang utk kita dan ia ada setiap malam di langit untuk buat kita rasa gembira, mana appreciation kita pada Allah?

marilah kita mereflek kembali macam mana kesungguhan kita dalam melakukan ibadah=kehidupan seharian kita. itu baru satu contoh tak bagi lagi contoh lain macam susu. macam mana Allah bagi susu yg sgt suci dan bersih walaupun salurannya berdekatan dengan saluran najis tapi ia tak ter effect. Susu yg sgt bersih dan lazat tapi mcm mana amal kita pada Allah? adakah sesuci susu atau ada kekotoran yg tercampur? macam mana amal ni boleh tercampur? bile kita buat sesuatu bukan sbb Allah semata2. bile kita ada syirikkan Allah dengan makhluknya yg lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan