Jumaat, 22 November 2013

Adil?

assalamualaikum wbt..

semalam aku gi campus naik kereta, sbnrnya hampir every day aku gi campus naik kereta cuma sama ada aku akan masuk ke dalam university atau aku akan park kat bridge belakang uni aku. kalau park dekat belakang bridge kena jalan sikit naik bridge baru boleh sampai ke campus. tapi satu mujadah jugaklah nak panjat belakang bukit university tu. setiap kali panjat mesti jantung berdegup dengan kencang sbb tak biasa exercise. so itu lah exercise aku setiap hari.

nak dijadikan cerita semalam hujan and aku puasa. so bagilah alasan nak naik kereta sampai masuk campus. bile masuk 2,3 kali pusing carik parking tak jumpe. padahal kalau aku ikut bridge tu mesti aku dah sampai dah ke destinasi aku. so cari2 parking dapat lah yg mmg jauh (gile) dari lab. aku pun mmg panas hati sambil jalan ke lab. rasa penat sbb puasa. rasa nak curse pun ada. management uni yg ntah pape. tapi mengingatkan aku puasa aku tahan lidah aku dari curse dan istighfarkan hati aku. kang sia2 je aku puasa. pastu time jalan ke lab tu, aku teringat lah ada satu kereta ni dah kena clamp sbb tak ikut peraturan. jarang sbnrnya tengok kereta kena clamp kat uni aku infact it was my first time tgk. kalau kena clamp kena bayar RM50.  nightmare jugak lah

pastu aku terfikir university nie sendiri pun tak tunaikan hak dia kepada pelajar, dia expect pelajar akan tunaikan hak uni. aku rasa tak patut pun ada clamp tu. sbb university sendiri tak sediakan tempat parking yg cukup dan sepatutnya buat students. pastu bile students parking je mana2 (asalkan tak blok kereta lain and jalan) dia denda pulak.

ni namanya tak adil. kalau tgk skop lagi luas, negara kita sendiri (ceh mentang2 cover surah an-nisa') aku perasan kerajaan ashik nak claim hak pada rakyat untuk rasa syukur sbb aman,  naik semua barang, dan bla2.. tapi kerajaan sendiri tak tunaikan hak pada rakyat malah menzalimi rakyatnya dengan ambil rasuah, celok duit sana-sini, tak amanah. aku mmg sedar keadaan malaysia nie dah makin teruk.

aku teringat hadis rasulullah s.a.w
" patuh dan taat itu diwajibkan ke atas orang islam (kepada pemerintah) sama ada dalam keadaan disukainya atau dibencinya selama ia tidak diperintahkan melakukan maksiat dan apabila ia diperintah melakukan perbuatan maksiat maka tiada sebarang kepatuhan dan ketaatan" (hadis riwayat muslim)

aku selalu dgr hadis ni disalah gune oleh ulama'2 taghut agar rakyat jgn berani memberontak sbb kena taat pada pemimpin. Tapi mereka selalu tak bagitau ciri2 pemimpin yg mcam mana kita wajib taat. pemimpin yg kita wajib taat adalah pemimpin yg beriman, bile berimah dia akan laksanakan amanah dia. kenapa Rasulullah kata ' wajib taat dalam keadaan disukainya atau dibencinya'? sbb kalau seorg pemimpin beriman keputusan yg dia buat insya Allah bukan atas hawa nafsu dia, dia buat sbb Allah dan keputusan dia pasti utk umat. tp biasalah manusia kadang2 tak setuju dalam semua perkara. so kita kena taat walaupun perkara tu kita tak suke. tapi kalau pemimpin yg tak beriman dia buat atas dasar apa? kalau atas dasar hawa nafsu kita tak wajib ikut.

banyak benda lah reflect. sbb kita tahu dunia kita yg makin teruk ni dah takde cara lain utk fix melainkan dgn implement islam. melainkan dengan islam. sbb hanya dengan islam lah keadilan itu dapat ditegakkan. hanya dengan islam hak Allah dan rasulnya dapat diletakkan ditempat yg sepatutnya. dengan islam lah semua manusia akan dapat nikmati hak dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan