aku menjadi tetamu Allah untuk menghadiri seminar al-maghrib bertajuk the shepard's path. Alhamdulillah.
sgt2 bersyukur pada Allah sbb memilih aku dan memberi pula tajaan penuh untuk menghadiri seminar tersebut.
kwn2 yg lain tak dapat nak pergi sbb mereka hanya mendapat scholarship separuh. nak byr lagi separuh pun tak mampu sbb terlalu bnyk komitment lain yg memerlukan selebihnya wang RM175 itu. MasyaAllah, sungguh aku org yg terpilih..
bukan hanya Ilmu tentang Rasulullah aku dpt, bahkan, dapat berkenalan dgn pelbagai ragam manusia dan menjalin ukhuwah dgn org yg tak pernah aku kenal sebelum nie. Terima kasih sis Fariza (driver ku), sis diblin (co-driver ku) dan sis hanis (bed mate ku) kerana telah menjaga saya. hehehe.... moga kita berjumpa lagi. tidak di sini di akhirat nnt InsyaAllah. dan moga Allah membalas jasa kalian sbb membantu sy ketika sy tidak ade tempat lain utk di tuju. cewahh..
ya, aku actually tak tau nak tido mane sepanjang seminar jumaat, sabtu, ahad itu. mulanya nak tumpang tido di rumah ansar tapi actually takut juga nak berjalan seorg diri waktu malam dari ktm ke rumah tu. jadi Allah pun membantu aku dgn menumpangkan aku ke rumah kakak2 yg baik hati di atas. enough of this story. aku nak mulakan kisah hajar yg aku dgr drpd syeikh AbdulBary Yahya.
aku yakin, semua org pretty know the story of Nabi Ibrahim and sarah and Hajar kan? Ya aku pun tahu melalui kisah ustazah2 mase aku kecik2 dulu. Nabi Ibrahim berkahwin dgn siti Sarah and tak dapat nak melahirkan anak, lalu meminta Nabi Ibrahim berkahwin dgn Hajar (hamba) agar dapat melahirkan zuriat seterusnya. Tapi lepas jer Hajar mengandung dan bersalin Sarah menjadi sgt jeles sampaikan dia kata " If my hands got to touch u, I will cut you to 3 parts"
ye, potong menjadi 3 bahagian! bukan tarik rambut, bukan pukul atau dera basuh baju tapi potong menjadi 3 bahagian. Jadi Nabi Ibrahim pun membawa Hajar jauh dari sarah ke padang pasir yang tandus. setelah sampai ke sana, Nabi Ibrahim terus berjalan meninggalkan Hajar dan anaknya Ismail. Hajar menjadi pelik. lalu hajar mengejar Nabi Ibrahim " adakah kamu akan meninggalkan kami di sini?!"
Namun Nabi Ibrahim tidak menyahut dan terus berjalan tanpa memandang ke belakang. Hajar terus mengejar Nabi Ibrahim dan berkata "there's nothing here, are u gonna leave us here, died by no water?!"
namun Nabi Ibrahim tetap juga tidak menyahut. Lalu Hajar bertanya soalan terakhir pada Nabi Ibrahim
"Did Allah command u to do this?"
Nabi Ibrahim berhenti,namun tidak memandang ke belakang dan menjawab
"yes"
serta merta itu Hajar berhenti mengejar Nabi Ibrahim dan kembali ke tempat dia ditinggalkan tadi.
masyaAllah. sungguh patuh dia dgn arahan Allah.
dgn keadaan gurun yg panas dan tiada air, anaknya Ismail mula menangis. Hajar mula mencari air dari bukit safah pergi ke marwah. dan berulang alik sebanyak 7 kali. dan apabila dia pulang ke tempat dia tinggalkan Ismail menangis alangkah terkejutnya apabila dia melihat air melimpah2 daripada tanah. Hajar cepat2 mengali lubang di sekeliling air itu kerana takut air itu akan habis tersejat kerana keadaan gurun yg panas. namun air itu tidak berhenti memancut. lalu Hajar berkata "zam..zam.." maksudnya "berhenti..berhenti.."
drpd kisah nie kita boleh amek pengajaran yg bertawal pada Allah adalah sebaik2 tawakal. walaupun kita percaya dgn kekuasaan Allah boleh memberi kita bantuan tapi kita wajib berusaha untuk mencapai sesuatu. Macam Hajar, dia percaya Allah akan menjaga dia dan anaknya, tapi kenapa dia still berlari2 ke bukit safah dan marwah mencari air?
sbb dia tahu kalo berusaha pasti akan berjaya.
sbb mase cari air di bukit safah dan marwah tu tak dapat pun air. tapi bile dia balik Allah beri lebih drpd ape yg dia minta,Allah beri air Zam Zam..
sme la macam kita, kita berusaha dan berusaha tapi exam tak gempak jugak. atau kita train gile2 men netball tapi tak hebat juga mcm org lain. jgn hanya lihat di situ, sbb mungkin Allah nak beri lebih drpd itu.
wallahualam...
p/s: bnyk lagi kisah nak citer nie actually nntkan part 2 tapi tajuk yg lain..
Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan