Rabu, 7 September 2011

kisah bulan syawal


assalamualaikum everyone!

wahaa.. rindunya ramadhan..
lepas ramadhan je aku ngaku aku trus jatuh futur.
aku jadi sgt pemarah, dan pemalas.
kesabaran sgt tipis dan rase sgt berat nak buat ibadah.
tapi semalam berbekal kan ilham dari Allah
aku teringin pulak nak bace buku Nasihat Agama dan Wasiat Iman

tup2. masuk bab perihal solat. memang bedebuk rase cm kena penumbuk sekali
satu di perut dan satu di hati..

mmg aku sgt terasa menjadi antara orang yg tidak menunaikan solat dgn sempurna

bnyk la perkara yg dikumpaskan contoh cam pelihara solat fardhu, solat itu bererti mengingati Allah, suci sebelum solat dan macam2 lagi la. tapi ape yg aku nak sentuh kat sini adalah perihal HAKIKAT SOLAT LAHIR DAN BATIN.

ape yg sure di sini kalo hakikat solat lahir pastilah tentang rukun solat kita, seperti ruku',sujud dan sebagainya

hakikat batin pula sudah pastilah kehadiran hati kita yang ikhlas menunaikan kewajipan kpd Allah.

Imam Ghazali pernah berkata

perumpamaan orang yang mendirikan solat secara hakikat lahir sahaja bagaikan seorang penaka yang menghadiahkan seorang puteri yang mati kepada seorang raja yang agung.  dan perumpamaan orang yang menunaikan solat tetapi alpa secara lahirnya bagaikan seorang penaka yang menghadiahkan seorang puteri yang cacat kaki dan tangannya, buta pula matanya kepada raja. penaka2 itu akan diseksa dan dianiaya oleh raja kerana telah menghina kedudukan raja dan mengabaikan haknya. 


samalah juga perumpamaan anda menghadiahkan solatmu kpd Allah. Awas! janganlah sehingga solat anda mempunyai kelemahan itu sehingga anda patut menerima siksaan Allah..

sumber: Nasihat Agama dan Wasiat Iman

disebabkan perkara ini serba sedikit telah menyedarkan aku dgn menyepak terajang iman aku agar aku sedar dan wake up aku pun membuka kembali sylabus Heart Serene.

 mencari Cara-cara untuk khusyuk dalam solat

*solat di awal waktu
*solat berjemaah
*rasakan seperti kita berinteraksi dgn Allah, and Allah alone
*memahami ayat,doa dan zikir yg diucapkan dlm solat
*mempelbagaikan bacaan surah pilihan selepas bacaan al-fatihah
*elakkan daripada menguap

p/s: jgn lupe utk berdoa kpd Allah utk kekhusyukan hati. kalo boleh buat solat hajat utk mintak hati yg khuyuk dlm solat. sbb sape yg dpt kemanisan khusyuk dlm solat sungguh dia org yg beruntung.

actually ade bnyk lagi cara2nya. boleh google. =)

"dan mintaklah pertolongan Allah dalam sabar dan solat.Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" [surah al-baqarah ayat 45]

aku sekarang agak excited, sbb ade bnyk events yang menanti sementara tunggu pendaftaran university. Moga Allah permudahkan.
kawan2 aku ramai dah pergi menuntut ilmu. pape pun all the best and may Allah bless u all..

just nak share dgn kamu semua kalo ade sesiapa yang tak tau nak buat ape, tapi online je setiap hari boleh lah kunjungi laman web www.islamicuniversityonline.com

boleh dapatkan diploma percuma secara online.

papepun niatkan kerana nak mencari ilmu kerana Allah kan?

Barang siapa yang mengambil jalan bersusah-payah untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan untuk masuk syurga

ape pun aku dah try dah amek satu course dan bnyk sgt ilmu yg aku dapat..

home work today and tomorrow adalah untuk bace buku ISK (ini sejarah kita)
mungkin menjadi fasi untuk program itu di KL jumaat nie.

hope sgt mama bagi pergi usrah khamis nie, i really need usrah utk charge up my eman..=) insyaAllah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan