kisah yang bakal aku ceritakan ni juga berdasarkan pembacaan aku daripada buku "stories of repentance"
dan ade la sedikit2 babak dan dialog yg telah aku ubah..=)
kisah pertama
daripada hadith Rasulullah S.A.W
diriwayatkan drpd Anas R.A : ada seorg pemuda datang kepada Rasulullah lalu berkata "Ya Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang sudah ditentukan hukumannya, jadi hukum lah aku"
disebabkan waktu itu sudah masuk waktu solat fardhu lalu pemuda itu solat bersama Rasulullah. Sesudah solat pemuda itu mengulangi kata2nya sebelum itu kepada Rasulullah.
Lalu Rasulullah bertanya, " adakah engkau melakukan solat bersama kami tadi?"
"ya" jawab lelaki itu
"jadi kau telah pun diampunkan" jawab Rasulullah
Kisah kedua
seorg raja berjalan2 pada suatu hari keluar istana untuk enjoy himself lah
dia jalan sampailah ke sebuah kebun lalu dia masuk ke kebun tersebut
lepas dah puas tgk2 pokok2 yg cantik dalam kebun itu dia pun meminta tuan kebun itu minuman
dah dahaga la lepas dah jalan2 bagai
tapi pemilik kebun tu kate
"kat sini tak de sumber air, tapi kalo tuanku nak makan delima di kebun saya nie silakan"
raja tu pun petik la sebijik dan rase
lepas merasanya raja itu berasa terkejut dgn rase manis dan sedap delima itu
jadi raja itu membuat keputusan utk menghalau pemilik kebun itu dan ingin memiliki kebun itu
tapi sebelum tu raja tu nak pastikan semua buah kat situ manis dan sedap jadi dia pun petik la sebiji lagi
dan rasa
dan sekali lagi raja itu berasa terkejut
kerana rasa buah itu sgt pahit dan baunya busuk
padahal buah itu dipetik dari pokok yg same
"kenapa rasanya pahit dan tak sedap seperti buah pertama?" soal raja itu pada pemilik kebun itu
"Tuanku, mungkin tuanku ada berniat utk melakukan sesuatu kejahatan yg menyebabkan rasanya berubah"
"Demi Allah, pemilik kebun ni bercakap benar" monolog raja itu di dalam hati
Raja itu pun segera bertaubat dan memperbaharui niatnya. Dia mahu merasai lagi buah tersebut, setelah merasanya raja itu berasa kagum dengan rasa manisnya lebih sedap daripada buah yg pertama. Apa yang lebih mengejutkan buah itu juga dari pokok yang sama.
Kisah ketiga
masih boleh bertahan?? masih tidak bosan?
teruskan membaca kisah ini.
Seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Marzuq, satu hari dia meminum arak lalu mabuk seharian sehingga dia tertinggal solat wajib.
Hamba wanitanya datang kepadanya dengan membawa kayu yang baru dibakar dan diletakkan ke kaki Abdullah.
Ape lagi Abdullah melompat kesakitan dan mukanya jelas menunjukkan kesakitan
"kalau api ini pun kau tak tahan kepanasannya, apakah kau boleh menahan api di neraka yang panasnya 70 kali ganda?!" soal hamba wanitanya itu.
Abdullah segera bertaubat dan tidak pernah meninggalkan solat wajib selepas itu.
kisah keempat.
adalah dikisahkan seorg penjual daging (dengan nada lagu siti)
jatuh pula cinta dengan seorg jiran tetangga
anak dara sorg diri
si pemuda mengambil kesempatan mendekati
"Jangan kau berani dekati diri ini. I love u more than u love me. but I fear Allah"
pemuda itu tergamam seketika
dengan jwpn hebat itu diterima
"u fear Allah, but I don't" jwbnya
lalu pergi membawa diri
bertaubat bersungguh2 atas kekhilafan diri
sedang pemuda itu berjalan dia terserempak dengan seorg nabi (nabi kaum Israel)
"apakah gerangannya tuan hamba berjalan di sini?" soal nabi tersebut
"saya berasa sgt dahaga" balas pemuda itu
"marilah kita berdoa pada Allah untuk hujan" kata nabi itu
"tapi saya tidak ade melakukan ape2 kebaikan hari ini atau semalam" kata pemuda itu
"kalau begitu biar saya berdoa dan tuan hamba 'aminkan' doa saya" kata nabi itu pula
lalu nabi itu pun berdoa, tidak lama kemudian hujan pun turun.
setelah itu, awan yang membawa hujan tidak juga pergi tetapi mengikuti pemuda itu instead of the prophet.
Nabi itu menjadi bingung, lalu berkata
"tuan hamba katakan tadi tiada kebaikan yang tuan hamba lakukan, tetapi awan yg mengikuti tuan hamba itu menunjukkan sebaliknya"
lalu pemuda itu pun menceritakan perkara yg berlaku.
kemudian barulah nabi itu mengerti lalu berkata
"siapa yg bertaubat kpd Allah, darjatnya akan Allah tinggikan tiada org lain yg boleh mencapainya"
MasyaAllah..
maksudnya, setiap kali kita bertaubat Allah akan naikkan darjat kita, mengampunkan dosa dan memberi kebaikan atas perbuatan jahat dahulu
Maha pemurah dan Pengasih Allah, Tuhan sekalian alam, yang milikNya segala sesuatu
wallahualam bissawab..(to be continued..)
Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]
Setahun yang lalu
Laila, kta baca la if ada masa.
BalasPadamteringat usrah kat samura dulu..skrang nie dah jarang2 dgr usrah kan..nice2
kak laila , bestlah baca . menarik ;)
BalasPadamkak laila prnh baca blog Dr. Cinta tk? islamik jugak taw ;)