Jumaat, 4 Februari 2011

tokoh yg sepatutnya menjadi idola remaja

Sultan Muhammad Al-Fateh name yg cukup terkenal dalam sejarah islam


HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

kalo korg nak tau citer Al-fateh ni sila tekan name beliau di atas..
kat sini aku nak citer pasal nilai-nilai peribadi yg ade pada Al-fateh yg seharusnya kita contohi
1.Bercita-cita tinggi dan tegas menyatakan citan2nya utk menawan kota constantinople
pabila ade tentera yg berborak2 kosong atau memuji2 kerejaan lain, Al-Fateh dgn tegas mengatakan yg beliau tidak berminta dgn topik sebegitu, ape yg lebih menarik minat beliau adalah strategi utk menawan kembali kota constantinople.

2. Bijak dengan startegi
untuk melindungi negara sendiri, AL-Fateh telah memerintahkan untuk membina tembok Rumeli Hisari.
langkah awal lain, Al-Fateh telah membuat perjanjian persahabatan dengan negara2 jiran constantinople supaya tidak memberi bantuan kepada constantinople ketika serangan dilakukan.
selain itu, Al-FAteh juga berkerjasama dgn seorg jurutera bangsa Hungary utk mencipta meriam yg dapat merobek tembok dinding Constantinople. Meriam itu mampu menembak peluru seberat 150 kg
serangan darat tidak beberapa menunjukkan kesan pada kubu Constantinople. lalu mereka mencuba utk melakukan serangan dari lautan. disebabkan ade halangan utk memasuki perairan Tanjung emas, mereka diarahkan oleh Al-Fateh utk melalui jalan bukit dengan kapal2 mereka.
dalam laluan bukit itu mereka mengunakan kayu bulat yg dilicinkan dgn lemak lembu utk memudahkan sedikit perjalanan.. cara ini tidak pernah digunakan oleh mne2 pasukan tentera pun.


3.tak kenal putus asa
ok, kita tahu cite Al-Fateh yg dia nak sgt2 menakluki kota Constantinople setelah percubaan oleh pemimpin lain dalam beberapa ratus tahun tak berjaya. bile tentera uthmaniyah dah hampir sampai ke tanjung emas utk menumbangkan tembok tengah byzantine, pope dari rome telah memberi bantuan dengan merentangkan rantai besi di sepanjang perairan tanjung emas supaya kapal tentera islam tak dapat memasuki perairan itu..
Al-Fateh tidak terus putus asa walaupun telas 48 hari mencuba utk merobohkan tembok tepi byzantine tapi tak berjaya. beliau mengarahkan tenteranya utk membawa semua 70 buah kapal utk melalui jalan darat.. bukan darat sekadar darat rata biase, bukit Galata..
aku, sendirian nak panjat bukit Broga nak sampai peak atas skali tuh pun tak larat..cuba bygkan nak angkut 70 buah kapal..~! Amazing.subhanallah..
dan akhirnya mereka semua sampai ke perairan Tanjung emas itu.terkejut beruk warga byzantine menerima ketibaan tentera islam.
dan lagi sekali mereka mengepung dan membedil tembok byzantine selama 53 hari..
namun usaha mereka tidak menunjukkan hasil. ok, bygkan sekali lagi tembok tuh 4 lapis, 25 kaki, dan sejauh 160 kaki (50 meter)..

bile semua tentera dah makin hilang semangat Al-Fateh tak sedikit pun berasa luntur semangatnya.. beliau siap berucap utk menaikkan semangat org lain
“Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
4. sangat merendah diri dan Tawaduk
bile mereka berjaya menawan kota Constantinople beliau terus mengambil tanah lalu melumurkan pada dahinya dan melakukan sujud syukur di situ..lihat betapa rendahnya hati Al-fateh
kerana padanya "betapa besar pun aku pada manusia, aku kecil pada pandangan Allah..betapa tinggi pun jwtn aku di dunia, Allah itu lebih tinggi kedudukanNya di mana2"
Beliau juga turut membantu mengangkat batu bersama2 org biase ketika mereka membina benteng Rumeli Hissari (ni kisah lain).Beliau membuka serban dan baju utk turut serta dalam pembinaan itu. seperti Rasulullah ketika mengali lubang utk perang khandak, ade sorg hamba Allah ni tak larat utk memecahkan batu, lalu Rasulullah sendiri yg mengambil alih tugas hamba Allah itu..
betapa insan2 mulia ini merendah diri pada Allah..

**jadi marilah kita merenung kembali siapa idola kita sepatutnya. bagaimana keperibadian kita?
ape sumbangan kita di jalan Allah? ingatan pada saudara dan diri sendiri.. wallahualam

sources gambar dan cerita lebih terperinci mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh




Tiada ulasan:

Catat Ulasan