Selasa, 31 Mei 2011

aktiviti bulan jun yg boleh meningkatkan iman

1. solat di awal waktu
2.wirid selepas solat dan berdoa dgn bersungguh2
3.solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat
4.membaca al-quran dan meneliti maksudnya (bile2 mase yg free)
5.al-ma'thurat pagi dan petang
6.solat sunat dhuha setiap pagi
7.solat sunat witir setiap malam
8.al-mulk dan al-waqiah setiap malam
9.menghafal ayat quran setiap pagi (sikit2 tak perlu rush)
10.zikir subhanallah, alhamdulillah, allahuakhbar, laillahaillah, astaghfirullah 100x setiap hari
11.bace asmaul husna setiap pagi dan malam
12.puasa sunat isnin dan khamis serta 13,14,15 haribulan setiap bulan
13.yassin, al-kahf dan al-a'laa setiap hari atau malam jumaat
14.solat tahajud every friday night (for starting,if dah biase boleh la buat every night)

*kalau kite buat semua perkara ni, kite akan rase sebenarnye kite takde mase pun nak rase bosan dalam hidup sbb sebenarnye kite ade bnyk sgt benda nak kena buat
selain makan, tidor, tgk tv,men game,berseronok, tgk movie dll

"tidakKu ciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaKu" surah adzariyat ayat 56

wallahualam bissawab
selamat mencube dan selamat beramal

Isnin, 30 Mei 2011

melaka trip

start perjalanan pukul 4.30 pagi
kak athirah amek kat stesyen petronas kol 5 pagi lebih
pagi2 lagi dah start perjalanan
sbb nak sampai nottingham kol 7.30 pg dan bertolak dgn yg len2


perjalanan ke melaka bersama dgn 10 org sahabatku yg lain
ofcost i'm the youngest, kalaupun Yu ikut aku still jugak yg paling muda
haha..
ok, the main point yg aku dapat kat trip ni
kite dpt ape yg kite niat

kak Im ckp
Allah pilih setiap org yg ade dlm trip nie
dan Allah yg pilih org2 yg tak dpt ikut ke melaka berada di tempat mereka berada.

mcm aku, first niat aku ofcostla sbb aku nak travel
sje2 nak jln2
drpd dok rumah kan
tapi after tuh aku rase niat tuh mcm tak betol
so aku tukar niat tu kerana Allah
so ape pun yg berlaku kerana Allah

so masing2 dapat ujian masing2 dlm perjalanan tuh
mcm kak tirah dgn kak Im
dorg yg kena drive
ofcostla penatkan
pastu budak2 passanger sumer sedap tido
makan2
gelak2 kat belakang
mereka tension drive
dgn nak pastikan keselamatan lagi
kan
tapi nie sumer kan ujian Allah
drpd salahkan dorg yg selesa
baiklah mereka reda lagi la dpt pahala
mcm bro Taha (aku rase la sbb tak nmpk muke mase dia bg spech tu)
kate
"either u complain or not, u still have the sweat, so choose to be patient"

macam aku, Allah uji aku dgn membuatkan aku muntah2 after makan
ok, aku mengaku mmg aku mkn sgt bnyk and aku men taram je ape yg ade kat atas meja tuh
ya Allah, mkn mmg tak yah ckp
mmg bnyk sgt
mmg Allah bless la perjalanan tuh dgn mknn yg tak disangka2
singgah rumah org ni
dpt mkn sedap
singgah rumah org tu dpt makan sedap
aku tak pikir ape dah
lahap jela
mungkin Allah nak tegur
dan actually perut aku mmg sensetif
tak boleh men makan sesuke hati
lagi2 kalo campur2 sgt
mcm mee bandung muar+buah mangga+goreng pisang=muntah balik semua

perut aku mule meragam bile sampai ke dataran pahlawan
org lain sume seronok+rambang mate shopping
aku muntah2 kat toilet
tapi yg aku seronok sgt
even aku muntah2, Allah permudahkan semuanya

bile aku masuk toilet aku tak payah beratur
toilet yg aku masuk slalu kosong
pastu toilet awam dia alhamdulillah bersih
dan boleh dipam
kalolah toilet mcm kat KL sentral tak mcm aku tak de mood pun nak muntah

terima kasih kepada kak Fathin dan kak Tirah
kerana menjaga saya dan care pada saya
dan juga kepada kakak2 yg len

Allah itu sgt baik
"setiap kesusahan pasti ade kemudahan"
aku bersyukur sgt pada Allah =)

dan mase tuh aku mcm terfikirlakan
kami bergembira shopping
kat mall tuh
mesti kat syurga pun macam tuh kan
yg berbezanya
kat syurga u doesnt have to stop
u can shoping forever
non stop
pastu rehat2 kat tepi sungai [sbb kitorg stop berehat kat tepi fountain buatan manusia]
tgk barang2 yg baru lepas beli dgn
sahabat2 di syurga
wah.. tapi apa pun syurga pasti lebih hebat daripada
ape yg aku bygkan..

first stop b4 ke dataran pahlawan tuh actually gi rumah kak Ain
aku tak kenal pun tapi yg len sumer mcm kenal dah lame la dgn kak ain
dia pun peramah and kelakar
ape yg kitorg bincangkan kat situ adalah
pasal palestin dan israel
ape kita punyer pendapat pasal isu tuh

aku ckp
"ungkapan yg sesuai adalah umat kita nie semua tertido
dalam kemewahan. mungkin ade yg sedar tapi tak sepenuhnya
dan ade tendency utk terlelap kembali.sbb itu kena ade fully awereness
dan selalu diingatkan. sbb kite semua slalu lupe, ade keseronokkan sikit 
kite lupe ade saudara kita kat sane yg terseksa, yg merana sbb islam iaitu agama yg same kita anuti" lebih kurang pendapat aku

pendapat lain yg aku suke adalah pendapat kak nada
dia ckp
"dulu kalau tgk org2 palestine kena seksa slalu terfikir pasal nilai kemanusiaan. kesian tgk dorg atas nama manusia dgn manusia. padahal kite semua adalah lebih daripada itu, kite nie saudara seislam, saudara atas akidah. mcm mne kite syg keluarga kite, mcm tu jugak kite kena concern pasal mereka di palestine"

lepas tuh kami di suruh tulis senarai perkara2 yg nak dilakukan mase cuti yg dpt meningkatkan iman
aku bnyk muhasabah diri mse tuh
sbb aku kat rumah slalu melambat2kan solat
solat sunat dah terabur
bce quran pun dah sikit
al-ma'thurat pun slalu tinggal
aku mmg berazam la tannak lakukan itu semua lagi
insyaAllah..


mlm tu kami semua bermalam kat rumah kak khalisa
sepatutnya ade game tapi semua penat lalu tertido
esok pagi after subuh tuh
semua pakat pergi pantai

breakfast, main games dan tukar hadiah kat tepi pantai
sgt best!
aku dapat beg tropicana life daripada kak khalisa
sgt cantik
thank u very the much

pastu ade la sekumpulan kecil dari kami
berjalan kat tepi pantai
lepas tu berlari sepuas2nya
terutamanya kak tirah mcm all out
mmg kak tirah pecut hbs lari
aku tak join
aku tgk je dari belakang tapi still aku gelak tgk mereka

yelah lepas nie mne la ade chan lain nak gi pantai
mungkin ade tapi sgt lame lagi..

papepun perjalanan ini tak sia2
moga Allah berkati
sbb ade 3 perkara yg kite kena buat same2 kalau kite nak ikat hati kite bersama sahabat2 kita
1)makan same2
2)tido same2
3)travel same2

wallahualam bissawab..

Jumaat, 27 Mei 2011

sape yg ade pengalaman working? share please~~ =)

How it feels to work?

well this would be my first one

wish me luck!
berpeluh mcm mengali kubur?

sepenat mencuci pinggan?

need to impress bos and friends?


ade pglaman? silalah komen di sini..
terima kasih..

istikharah really works!

subhanallah..

actually aku baru jer mengamalkan solat sunat istikharah nie
bile aku rase tak tau nak buat pilihan aku akan cepat2
buat solat istikharah

ini semua nasihat Yuhanes

kisahnya,
aku dah janji dan setuju nak gi melaka dgn kwn2 usrah pada 28 mei nie
dah lebih sebulan jugakla rancang
then bile tgk fb 2-3 hari lepas ade perjumpaan org yg nak volunteer for
al-maghrib seminar 28 mei nie jugak
kat uia gombak

ape lagi aku pun jadi tak keruan
so aku trus lakukan solat istikharah
sbb aku tahu perjalanan pergi melaka nie berniat baik
sbb aku nak pergi melawat saudara seislam aku
dan nak mengeratkan ukhawah sesama muslimah yg lain
muslimah yg memperjuangkan islam

dan volunteer nie pun sesuatu yg baik
aku dapat memberikan perkhidmatan aku kerana Allah
dan untuk majlis Allah

jadi mana satu yg patut aku pilih?

bile dah istikharah kali ketiga
Allah terus tunjuk jalan
masyaAllah

kak tirah kol
dan aku ckp aku tak sure lagi pergi melaka ke tak
then aku explain kenapa
rupanya kak tirah pun ade niat yg same
utk menghadiri majlis volunteer tu

kemudian, kak tirah mengambil keputusan utk menelefon sister yg bertugas utk majlis itu
[kenape lah aku tak terfikir]
dan aku hanya perlu emel pada sister itu hendak menjadi volunteer dan sbb tak dpt hadir
jadi aku dapat kedua2nya dgn hanya bertawakal pada Allah.

=)
alhamdulillah..
terima kasih ya Allah

Rabu, 25 Mei 2011

10 wasiat hassan al banna (copy)

http://zadud-duat.blogspot.com/
Oleh: Nabil Jalhoum

Imam Syahid Hasan al-Banna adalah seorang lelaki yang hidup untuk Islam, mengambil berat tentang umat Islam, dan bekerja untuk Islam sebagai seorang yang prihatin kepada agamanya, penggerak untuknya, jujur dan tulus, dan mengorbankan pada jalan Allah semua masanya dan segala yang dimiliki samaada sedikit atau banyak, kerana beliau menyentuh hati-hati manusia dengan pengetahuan tentang Allah dan cintanya melalui pengetahuaan yang benar dan mendalam kepadaNya. Justeru, beliau seorang yang kuat mendokong kebenaran, menghayati sifat rabbani dan melaksanakan al-Quran. Beliau hidup untuk Allah, mengikhlaskan diri dan menjadikan Allah sebagai matlamatnya, dan baginya al-Quranlah yang mampu memelihara, bekerja dan menjadikannya sebagai jalan dan manhaj, dan menjadikan nabi sebagai pemimpin idola dan contoh teladan, dan jihad di jalan Allah dijadikan jalan bagi membela dan menolong agama Allah, dan kematian yang baik menjadi cita-cita tertinggi, iaitu memperolehi syahid pada jalanNya, Semoga Allah merahmati beliau sehingga hari kiamat.

Benarlah seorang penyair pernah berkata:

“Sesungguhnya binaan Ikhwan Muslimin mengandungi segala macam yang baik.
Janganlah tanya kepadaku siapakah yang membangunkannya, itulah Hassan al-Banna”

Imam As-Syahid telah meninggalkan Sepuluh Wasiat yang sangat bernilai kepada kita, supaya menjadi pedoman di jalan dakwah yang mulia ini .

Wasiat Pertama: Bangunlah segera mendirikan solat sebaik sahaja mendengar azan berkumandang walau apapun keadaan anda:

Iaitu memberikan perhatian tentang solat dan mengelakkan dari merasa berat apabila tiba waktu solat .. Kita mempunyai contoh yang ideal yang dipamerkan oleh Omar bin Abdul Aziz r.a di mana ia berkata: "Elakkan diri dari merasa berat apabila tiba waktu solat.... Di antara tanda anda memberikan perhatianb tentang solat ialah:

1 - Mempersiapkan diri sebelum azan secara psikologi dan spiritual, pemikiran dan fizikal.

2 - Merasakan kebesaran dan ketinggian  apabila mengambil sikap mematuhi perintah Allah, mencapai kemuliaan ibadah, dan mengharapkan keredhaanNya.

3 – Berniat sebelum wudhu, dan apa yang kita maksud di sini adalah bukan hanya niat pencucian anggota tertentu saja, tetapi apa yang kita maksudkan ialah niat yang menyeluruh untuk membersihkan tubuh yang berkaitan dengan kekotoran dan membersihkan jiwa, termasuk penyakit-penyakit yang tersembunyi seperti hasad dengki dan iri hati, dan membersihkan mata daripada kekotoran melihat perkara yang haram, dan membersihkan kaki dari kekotoran kerana berjalan ke tempat maksiat, dan membersihkan kedua tangan daripada pelbagai kecelaan, dan membersihkan mulut daripada kekotoran pembohongan, fitnah dan umpatan, dan membersihkan telinga darpada kekotoran apa yang didengari daripada pendengaran yang dimurkai Allah Tuhan semesta alam. Rumusannya, kita katakan: untuk menjadikan wudhu’ sebagai titik tolak yang indah terhadap pemurnian dalam tubuh dan jiwa serentak.

4 – Bersungguh-sungguh ingin mencapai kerendahan hati (khusyuk) dan berdoa antara azan dan iqamah yang merupakan saat doa yang tidak tertolak.

5 – Mengambil berat dalam mendirikan solat sunat dua belas rakaat selain solat fardu, untuk memastikan dan memenuhi istana di syurga Allah.

6 - Terus-menerus merasakan kepentingan solat yang merupakan ibadah pertama yang akan dihisab ke atas seorang hamba. Jikalau solatnya sempurna maka mudahkan urusan penghisaban hamba itu, tetapi jikalau solat tidak sempurna maka sukar penghisabannya yang lain.

Wasiat Kedua: Bacalah al- Quran , buatlah kajian atau dengarilah selalu, dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

Allah SWT berfirman (bermaksud): 

“Sesungguhnya Al Quran Ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar”. (Al-Isra’: 9)

Mungkin interaksi yang betul dengan al-Quran terdapat bermacam cara. Perinciannya adalah sebagai berikut:

1 – Memastikan diri membaca al-Quran sebagai wirid harian. Bagi individu muslim dan semua anggota keluarga muslim hendaklah mengambil bahagian membaca al-Quran setiap hari .. Alangkah indahnya orang yang menjadikan sebahagian hidupnya dengan al- Quran.

2 – Meletakkan al-Quran di tempat yang suci dan bersih. Di dalam setiap bilik hendaklah ada senaskhah al-Quran, supaya dapat memakmurkan rumah dan memperolehi kemuliaan isi kandungannya seperti yang dinyatakan dalam Firman Allah (bermaksud):

  “Diturunkan dari Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”. (Fussilat: 2)

3 – Memastikan al-Quran yang berada di dalam rumah .. Jangan meletakkan sebarang buku atau kertas di atasnya atau di belakangnya, kerana al-Quran adalah tertinggi dan tiada yang lebih darinya.

4 – Sentiasa beradab ketika membaca Al-Quran. Tidak membaca al-Quran melainkan berwudhu’. Semasa membaca al-Quran hendaklah khusyuk, mengeluarkan suara yang merdu, mengkaji dan merenungkan maksudnya, dan tidak menekuk kertasnya, tetapi gunakanlah tali atau kertas pemisah dan sentiasa memeliharanya dari sebarang kerosakan.

5 - Jika seorang muslim tidak berkesempatan membaca al-Quran dalam sehari, maka beliau hendaklah bersungguh-sungguh mendengarkan bacaannya, dan jika beliau tidak langsung berkesempatan membaca ataupun mendengar al-Quran, maka beliau hendaklah mengharamkan dirinya tidur sebelum meneliti beberapa ayat al-Quran, untuk memperolehi kemuliaan kerana meneliti al-Quran, kesejahteraan mata, ketinggian roh, dan ketelusan jiwa.

6 – Memastikan diri membaca Surah al-Baqarah atau mendengarnya sekali setiap tiga hari, kerana di dalamnya terkandung kebaikan yang besar, seperti yang ditunjukkan oleh junjungan besar kita dan qudwah kita nabi Muhammad saw (bermaksud): 

"Bacalah surah al-Baqarah, kerana jika membacanya satu keberkatan, dan meninggalkannya satu kesedihan, dan tidak akan berdaya menjadi pahlawan (jika tidak membacanya)" .

7 - Alangkah indahnya sekiranya seisi rumah berkumpul di dalam satu halaqah (perjumpaan) untuk membaca al-Quran, dan membincangkankan beberapa ayat yang mempunyai pengertian yang baik dan makna yang indah.

8 – Keperluan memulakan hari ini di pagi hari dengan ayat-ayat al-Quran yang menjadi wirid dalam zikir di waktu pagi, dan menyudahkan hari ini dengan ayat-ayat Al-Qur'an ketika anda hendak tidur, supaya menjadikan hidup kita dari permulaan hari hingga penghujung hari memperolehi  keberkatan dan rahmat.

9 – Sentiasa merasakan bahawa amalan membaca al-Quran termasuk di antara pahala yang besar dan ganjaran yang melimpah ruah, kerana hanya membaca satu huruf mendapat sepuluh kebaikan .. Dan begitu seterusnya .. Sabda nabi saw (bermaksud):

"Saya tidak katakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi alif watak Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf" .

10 - untuk memastikan terdapat kertas selalu di samping anda ketika anda membaca Al-Quran untuk mencatatkam beberapa ayat yang mengingatkan anda tentang tanda-tanda kebesaran Allah, hari akhirat, syurga dan neraka, rumahtangga muslim dan tentang Nabi Muhammad saw .. Tulisan ini, selepas jangka masa yang lama dapat membantu anda tentang urusan agama dan dunia anda.  Cukuplah bahawa anda mencatatkan dari al-Quran yang tidak melakukan kesalahan dan kesilapan kerana diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.

11 - Memastikan diri menghafaz al- Quran, dan mendorong anak-anak untuk menghafaz dengan memberikan penghargaan dan hadiah, dan pastikanlah para ibu bapa menyuruh anak-anak mereka menghafaz al-Quran, supaya mencapai apa yang mereka tidak dapat dicapai dalam menghafaz al-Quran.

12 – Memberi perhatian kepada ayat-ayat al-Quran yang mengandungi perintah-perintah Allah, supaya dapat memastikan ianya dilaksanakan sepenuhnya .. Begitu juga ayat-ayat al-Quran yang mengandungi larangan-larangan Allah, supaya dapat memastikan larangan Tuhan kita itu dijauhi sepenuhnya.

Wasiat Ketiga: Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan. 
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran (bermaksud):

Di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang jahat”. (Al-Hajj: 3).

Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa Kitab (wahyu) yang bercahaya[“.  (Al-Hajj: 8).

Tidakkah kamu perhatikan Sesungguhnya Allah Telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan”. (Luqman: 20)

Waspadalah dari banyak bertengkar, kerana pertengkaran atau perdebatan tidak baik .. Ketahuilah Nabi saw melarang akhlak buruk tersebut dengan dengan bersabda (bersabda): 

"Aku adalah pemimpin sebuah rumah di syurga bagi mereka yang meninggalkan perdebatan jika ia benar" .

Wasiat Keempat: Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebaikan. 

Elakkanlah dari mengumpat atau memburuk-buruk mereka, dan anda tidak bercakap melainkan hanya yang baik-baik saja. Jika benar anda telah melakukannya, maka ambil segala cara atau jalan yang dapat membersihkan dosa tersebut.

Mengumpat adalah salah satu penyakit lidah. Sepatutnya lidah ini boleh digunakan untuk berzikir kepada Allah, membina kekuatan jiwa, dan digunakan dalam membuka pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan.

Dalam hal ini satu riwayat daripada Uqbah bin Amer  r.a yang berkata: “Aku berkata: Wahai Allah, apakah itu keselamatan? Nabi bersabda (bermaksud): 

"Tahan lidah anda, jaga rumah anda, dan menangis untuk dosa-dosamu" .

Ketika ditanya Nabi saw: "Apa sebab kebanyakan orang masuk Syurga?”. Nabi saw bersabda (bermaksud): "Takwa kepada Allah dan berakhlak mulia" , dan Nabi saw ditanya lagi: “Apakah sebab kebanyakan orang memasuki api neraka. Nabi saw bersabda (bermaksud): "Dua rongga ini, iaitu mulut dan kemaluan" .

Perintah Kelima: Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah simbol Islam.

Pentingnya bahasa Arab terletak pada kedudukan berikut:

- Bahasa Al-Quran (Al-Quran berbaha sa Arab) ..dan Hadith nabi yang mulia.

- Bahasa warisan orang Arab dan Islam selama empat belas abad.

- Bahasa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan universiti di banyak negara-negara Arab.

- Bahasa buku, majalah dan surat khabar di negara-negara Arab kesemuanya.

- Bahasa berita, persidangan, simposium dan forum, juga merupakan bahasa dalam banyak program di radio, televisyen dan web di seluruh dunia Arab.

- Kemudian jangan lupa tentang kepentingan dan penghormatan Allah kepada bahasa Arab, di mana Allah telah menjadikannya sebagai bahasa penghuni syurga.

Hubungan bahasa Arab fushah (klasik) dengan simbol Islam:

Penguasaan bahasa Arab klasik secara pendengaran, perbualan, pembacaan dan penulisan sebenarnya merupakan keperluan yang sangat penting yang dapat mencapai banyak kemaslahatan Islam dan umat Islam. Ianya boleh diklarifikasi sebagai berikut:

- Mengikuti Nabi Muhammad saw dalam bahasa dan pertuturannya, kerana baginda adalah qudwah dalam segala hal.

- Memudahkan untuk belajar dan mengecapi kemajuan tamadun.

- Mencapai kreativiti intelektual diri dan ramai.

- Sumbangan dalam pembentukan teras budaya bangsa Arab secara keseluruhan.

- Menghidupkan Islam dan menunjukkan keindahan, kebesaran dan kedudukannya yang tinggi.

- Membantu orang Islam untuk mengetahui tanda-tanda yang tetap dan yang berubah makna dan konsepnya .. Seperti ayat: ﴿إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ﴾ Sesungguhnya yang takut kepada Allah  .. lafaz Allah dengan baris “atas” (fathah) adalah yang bermaksud ketakutan dari orang lain, ﴿مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء﴾  “di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama” . Perkataan ulamak yang berbaris “depan” (dhommah) iaitu golongan yang takutkan Allah. Jika anda membaca lafaz Allah dengan baris “dhommah” dan bukan “fathah” sudah tentu ertinya akan bertukar sepenuhnya.


 - Merasakan dan menghadirkan syurga ke dalam hati kerana pertuturan penghuni syuraga adalah menggunakan bahasa Arab yang indah.

Sila baca sambungannya dalam siri 2


Diterjemahkan oleh:

Ustaz Suhaimi Jairi
Setiausaha IKRAM Pontian

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
"IKRAM WADAH PERJUANGAN"

Selasa, 24 Mei 2011

family ties or lover ties?

ok, aku mengaku aku still lagi addicted to vampire diaries. Tapi lepas tgk citer tuh ade satu pengajaran yg aku dpt [ececececeh]

No matter how much Elena n Stephan love each other, they will always choose their family first.
 
stephan n elena
mcm dalam season finale, Damon [abg stephan] kena werewolf bite. which is sgt2 la berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

jadi stephan nie sanggup pergi cari penawar dgn berjumpa Klaus [seorg vampire yg kejam dan jahat]. penawarnya adalah darah klaus itu sendiri. so klaus nie, kate kalau nak darah dia, stephan kena tinggalkan everything and follow him. Stephan serta merta setuju walaupun dia tahu dia akan meninggalkan the women he loves, Elena.
Klaus [kejam]

tapi stephan pilih Damon. stephan pilih untuk selamatkan Damon walaupun dia tahu kalo dia tinggalkan Elena dgn Damon ade probability yg Elena akan jatuh hati dgn Damon [sbb damon is madly in love with Elena]
Damon n elena
kisah si Damon nie pulak. dia pun sgt sygkan abg dia. walaupun dia sgt sygkan dan cintakan elena nie. dia tak pernah rampas elena nie drpd stephan.
"my brother deserve u more than i do"
can't u see the sweetness of brotherhood in this story? who cares the relationship between elena with stephan or elena with damon? the most wonderful relationship is the family ties.

Elena pun dia akan pilih family dia instead of stephan.
elena n jeremy [adik]

mak cik elena [parents elena dah takde]
elena slalu ckp "i wanted to make sure the one i love is safe"

She feels that because of her family she is who she is.


the same goes with us..
kalo lah kite kena pilih antara family or kekasih. kita akan pilih family kan2?
aku tau kite sume baik.

sbb family la we r who we r now
we stand where we stand
we live the way we live
dgn izin Allah

lovers may come and go
friends are some time by your side and sometimes they are not
but family?
they will be with u as long as they lived.

even b4 we were born they already fall in love with us

is it too much to ask for a small reply in love?

klik sini [tak yah klik kalau tak pernah tgk citer vampire diaries]

Isnin, 23 Mei 2011

will dolphin rule the world one day?

 

satu statement yg agak sengal aku dgr kat kelas psychology pada suatu hari

hanya kerana dolphin nie adalah haiwan yg bijak, sampai ade kes yg mereportkan haiwan ini membunuh diri akibat depression yg melampau..
tak kisahla kan~~

"you need to consider, i might be better for her than you"

eh?

sorie..tu dialog jacob dlm citer eclipse.

"we will never know, maybe after evolve, dolphin will be the one who rule the world one day"

ni baru betol.

^.^"

jadi mase kite masih "beruk" siapa agaknya yg menhadi khalifah dunia?

mungking harimau?
mungkin ikan paus?
mungkin dinasour?

are u guys buying this?
neither do me..

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh"
[surah al-ahzab ayat 72]