Rabu, 13 Jun 2012

zalimnya manusia..


bismillah. alhamdulillah. wassalatuwassalam ala rasulillah.
semalam after dinner. k.tiqah dgh aku berborak lah pasal kes perempuan dan lelaki yang diperdagang kan. maksudnya macam kes perdagangan orang. Before tu ada lah jugak citer pasal satu buku novel yang ceritakan pasal kisah benar sorang perempuan yang diculik masa umur dia 11 thn dan dirogol oleh seorang lelaki. lelaki tu kurung dia sampai umur dia 29 tahun. bila polis dah dapat carik dia dia tak mengaku pun yang dia diculik. bahkan dia macam dah sayangkan lelaki tu sbb lelaki tu ayah pada anak2 yang dilahirkannya hasil dirogol.

actually bukan itu yang aku nak citer. lepas citer novel tu, kitorang borak lah pulak pasal orang2 yang diculik dan dipaksa jual badan dan minta sedekah. yang perempuan of course untuk pelacuran yang lelaki untuk jadi peminta sedekah. yang kesiannya ade kes yang budak2 yang mintak sedekah nie dipotong tangan dan kaki untuk jadi peminta sedekah.

ade satu kisah nie. ade sorg budak lelaki umur dalam 9 tahun camtu hilang diculik. parents dia punya lah risau. tapi report polis and carik punye carik tak jumpa pun. satu hari nie mak cik budak laki tu pergi ke thailand atas urusan kerja. Masa tengah jalan2 kat pasar kat thailand tu tetiba mak cik tu dengar ade orang panggil dia "aunty..?"

mak cik tu punya lah terkejut rupanya anak buah dia. dengan kaki dan tangan takde. tapi dia blur tak tau nak buat ape. so, dalam kalut nak carik phone dalam bag bila kalih tempat tadi anak buah dia tu dah hilang . sampai sekarang tak dengar berita.

kesian kan? ade kisah lain, pasal jumpa ade budak mintak sedekah kat KL sentral. kaki takde balutan merah lagi. mase tgh mintak sedekah tu seolah2 tengah pegang kaki dia tahan kesakitan. kesian sangat.
bila aku dengar citer2 camni terdetik dalam hati aku, kenapa jadi camtu kat diorang? Tapi aku istighfar banyak2, sbb aku yakin walau ape pun yang diorang lalui Allah tahu. Dan aku sangatlah yakin juga yang Allah sayang pada mereka pada saat orang lain tak ambil peduli. kerana kasih sayang Allah tu lebih besar daripada kasih sayang seorang ibu pada anaknya.

bercakap pasal kezaliman yang berlaku di merata2 tempat, aku teringat ada ideologi barat yg mengatakan Tuhan setelah menciptakan kita, meninggalkan kita.

ape pendapat korang?

Tapi kalau benarlah Allah meninggalkan kita, jadi siapa pemberi udara yg dihirup ni? Jadi siapa yg megawal pergerakan malam dan siang? Siapa yang menurunkan hujan? Siapa lagi kalau bukan Allah.

Jikalau benarlah sangkaan barat2 itu, kenapa tidak Allah alang2 sudah biarkan kita, masih lagi memberikan cahaya matahari, hujan, dan membiarkan segala2nya berjalan dan beratur dengan sendiri.

Makhluk2 ini semua takkan mampu! Boleh tak kalau saya suruh anda semua menghentikan jantung anda selama seminit dan suruh ia menari2 sebentar?

Jadinya saya beralih ke kejahatan yg berleluasa di seluruh dunia. Mmg tak dinafikan, terlalu bnyk rampasan hak yg berlaku. Sbb ape? Ada yg menuduh Tuhan yg melakukan semua itu. Benar! Hanya Tuhan yg berkuasa tapi atas sbb apa?

Sbb manusia itu sendiri.

Allah memberi kita pilihan jalan kebaikan dan kejahatan, hanya kita dan jin sahaja yg dibenarkan membuat pilihan antara keduanya. Semua makhluk yg lain wajib patuh pada Allah sama ada mereka rela atau terpaksa.

Manusia tujuan hidupnya adalah menjadi khalifah di bumi, untuk makmurkan bumi kan? Allah telah memberi manusia kuasa untuk memilih cara memakmurkan bumi Allah ini. Jika baik yakni islam pilihan kita, maka baiklah keseluruhannya. Tapi kalau kita memilih selain islam, itulah yg terjadinya kejahatan yg berleluasa di bumi ini. Satu2nya jalan penyelesaian adalah islam itu sendiri.

Ruginya dunia tanpa islam, kerana islam itu daripada Allah.

Jadinya setuju atau tidak semua kejahatan yg berlaku adalah sbb manusia itu sendiri.

Sy bg lagi satu ideologi XD


Seorg lelaki pergi kedai gunting rambut. Lalu pak cik yg mengunting rambut itu bertanya kpdnya
Pak cik: anak ni percaya pada Tuhan?

Lelaki: tentulah

Pak cik: pak cik tidak percaya

Lelaki: (Diam…)

Pak cik: tahu kenapa?

Lelaki: (Diam lagi..)

Pak cik: tengok je la kejahatan yg berleluasa, mustahil ada Tuhan. Kalau Tuhan itu wujud, pasti dia takkan biarkan semua ini berlaku.

Lelaki: (Dia sudah tak senang duduk)

Setelah siap digunting rambut, lelaki itu keluar. Tidak lama kemudian dia masuk kembali lalu menjerit

“Mustahil kat bandar ni ada tukang gunting rambut!”

Pak cik itu terkejut bukan main,

“eh, bukan ke aku yg baru potong rambut kau?”

“saya tetap tak percaya pak cik nie tukang gunting rambut”
Kata lelaki itu.

“kenapa?”
Soal pak cik itu pula.

“cuba tengok kat luar, kenapa masih ramai yg rambutnya panjang tak terurus? Kalau betul ada tukang gunting rambut pasti rambut mereka semua terpotong dan terjaga rapi”
Tingkah lelaki itu bersungguh2.

“macam mne aku nak potong rambut mereka sedangkan mereka tak datang ke sini mintak aku potongkan?”
Pak cik itu menerangkan.

Kemudian lelaki itu tersenyum.

“begitu juga dengan Tuhan. Macam mana kebaikan itu mahu diberikan Tuhan sedangkan kita sendiri tidak datang kepadannya”

Sabtu, 9 Jun 2012

driving class 1

actually tak sure akan buat post yang kedua atau tak just in case.. hihihi..


alhamdulillah..

tadi baru jer habis kelas memandu teori. penat sangat tapi sangat best! (erkk!)

tak lah best, cume dalam kelas tu ade bebrapa perkara yg buat aku berfikir.

cikgu yang ajar tu kate, "org Malaysia nie dekat jalan raya memang kurang ajar, maksudnya kami nie lah yang gagal untuk mendidik".

bagi aku bukan masalah kelas teori tu semata2, mmg masalah akidah tak settle. and cikgu tu cakap lagi "jangan takut pada undang2 tapi hormat"

senang cakap kalau kita merasakan kehadiran Allah tu setiap saat takkan kita berani pun untuk langgar peraturan jalan raya. Walaupnun polis takde, tapi kan Allah setiap saat ada.


dan cikgu tu cuba tanam dalam diri kitorg tadi kalau bawak tak hati2 dan tak berhemah akan susah kan org lain dan diri sendiri lagi2 kalau langgar sape2 sampai mati.
bagi aku, ilmu tu akan sekadar sampai ke otak. kalau org2 yg hadir tu td cam tak kisah je insya Allah akan langgar jugak sesiapa (nauzubillah)

and dia ade jugak cakap ade bab pasal alcohol "kalau nak amek alcohol ameklah tapi jgn memandu"

sangat2 tak setuju macam tak kisah pulak remaja amek alcohol asalkan jangan memandu, so tak pandu tak accident so lepaslah tanggungjawab?


(mungkin dia tujukan pada non-muslim)

still yg hadir majority muslims..

insya Allah akan amek test minggu depan. doakan ya!
ya Allah nothing is easy unless if you make it easy.
Allahumma yassir wala tu assir ya karim..

Jumaat, 8 Jun 2012

course ape yang kau amek tu? bhg 3.


sape2 lagi yang tak tahu course ape yang aku amek, aku amek course plant biotechnology.
I know..

I know..

korang mesti tak tahu ape prospect kerja untuk course nie. Tulah, lagi2 bila mak cik2 kat kampung tanya aku just jawab "it's complicated"

"excited" (tetiba tukar mood)

aku ade lah bace isu semasa pasal palm oil

sekarang nie FELDA + sime darby ada cam buat research untuk tukar biojisimkelapa sawit (yakni bahan yang dianggap tak berguna seperti dahan,daun,dan buah yang tiada isi) kepada gula (non-food).
kalau researchers (insya Allah aku bakal to be) berjaya untuk hasilkan gula tersebut pulangannya sangat lumayan.

malaysia bukanlah negara yang pertama menukar2 sisa bahan nie kepada bahan yang boleh diguna pakai. Thailand dah pun menukar ubi kayu kepada gula dan brazil menukar jagung kepada ethanol.

dan biojisim kelapa sawit dikatakan mempunyai potensi tinggi untuk dipasarkan. Malaysia sekarang nie tgh mengintai peluang untuk menghasilkan lebih banyak bahan yang boleh digunakan contohnya macam biopellet yang sedang dijual ke jepun dan korea selatan untuk digunakan sebagai bahan api loji kuasa mereka.

selain itu, dikatakan biojisim kelapa sawit nie boleh menghasilkan botol plastic.

dan bahan2 yang dihasilkan boleh mendapat harga yang tinggi dipasaran.
pengeluaran biocomposites, biofertilisers, biopellets, biocharcoals, biobriquettes, serat biojisim, eko-produk, biochemicals, makanan haiwan dan bahan-bahan bangunan hijau sedang giat dijalankan.

sumber: sini dan sini

tersusun dalam urusan

antara salah satu muasafat tarbiyah adalah tersusun urusan.

walaupun cuti, tapi iman dan otak tak boleh cuti nnt jadi lembab.

nie antara perkara yang aku nak buat utk hari nie. insya Allah.

PAGI
8-10: hafazan surah2 pendek

10-12: baca buku fikrah - hala tuju dakwah dan hari ini dan semalam

TENGAHARI
2-4: madarin exercise

PETANG
5-7: bace paper on9 untuk isu semasa m'sia n global, tambah ilmu dengan bukak website yang ada kena mengena dengan course yang diambil.

MALAM
9-11: start reviewing subject untuk next sem

P/S: nothing is easy unless if Allah makes it easy.

small matter


bile terfikirkan pasal saudara2 kat syiria dan palestine cam rasa malu bile aku kat sini bersenang lenang hanya fikir masalah aku. tak kisah lah ape pun masalah yg aku hadapi tak sebesar dan seberat macam mana mereka kat syiria diuji.

keluarga dibunuh depan mata, kematian merata2, perang sana sini, luka parah, makanan yang tak mencukupi, bekalan perubatan yang sedikit,

mereka bertarung nyawa di sana dan aku pasti mereka semua pasti tertanya "di mana saudara seislam kami di tempat lain? mana mereka ketika kami memerlukan pertolongan"

terasa masalah yang aku hadapi sangatlah kecil dan membuat aku kadang2 terpaksa untuk tidak mengendahkannya kerana aku tahu ada masalah yang lebih besar di luar sana.

ya, aku tidak mahu mengendahkan masalah aku yang terlalu kecil dan tidak serius jika nak dibandingkan masalah yang di hadapi oleh saudara2 ku.

wahai saudaraku, mungkin jasadmu terkunci ketat di bumi namun aku yakin rohmu berada dekat dengan Yang Maha Esa.

biarlah makhluk durjana itu menyeksamu, asalkan Allah redha padamu..

Selasa, 5 Jun 2012

israel cakap tak serupa bikin

sejak cuti sem nie dan after dah beli broadband baru nie,
aku sempat lah bace news pasal syiria and palestine.

yang aku tak puas hati pasal israel nie, dorg kate nak buat perjanjian damai dengan paletine yang aku 100% sure pelstine takkan selama2nya setuju walaupun mereka dibunuh, tapi dalam masa yg same israel amek lagi tanah kat tebing barat untuk buat penempatan israel. Duh! that is a very stupid move.

Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya. (8:30
bila terdengar kisah akhwat2 lain di tempat lain, rasa ape yg aku dah buat untuk dakwah dan tarbiyah terlalu kecil dan kerdil kalau berbanding dengan mereka =( 

lepas tu boleh pulak nak rasa bangga sebab dah buat. entah2 Allah tak pandang pun kan ape yg aku buat selama nie.

takutnya kalau nak check balik di mana ikhlas tu berada.