Ahad, 25 Julai 2010

cukupla bagiku engkau ya Allah

beberapa hari yg lalu aku sgt sedey..
ade la beberape faktor.
alhamdulillah aku skrg dah ok
time aku sedey tu aku cm nak sgt la seorg teman tapi aku tak dpt kat sini
don't get me wrong
tak memasal aku kene hempuk dgn Bal, Anes and Dilah nnt
maksud aku, aku tak tau nak luahkan kat sape.
then bile aku bace zikir yg nabilah pernah ajar aku kat samura tu aku rase tenang sgt

"cukulah bg ku, Engkau Ya Allah, tiada yg lain, di hatiku selain Mu, Cahaya kekasih Mu, Ya Rasulullah
tiada yg ku sembah melainkan Mu Ya Allah"

bile kite letakkan Allah dan hanya Allah dalam hati kita, takde ape yg mustahil, dan kite akan rase selalu cukup. sbb kite yakin seratus peratus dgn Allah. sbb sedar atau tak Allah tu selalu ade di samping kite walau ape pun keadaan kite. Kite tgh happy, sedih, marah, 

Jumaat, 16 Julai 2010

ape masalah kau ha??!!

aku tak paham btol dg minah ni..

tak memasal nak kutuk2 aku.

dah ar bile aku try nak borak dgn kau, kau tak layan.

tak pandang langsung muke aku

aku dah try wat baik dgn kau

kau still cm benci kat aku.

fine! suke hati kau r.. have it your way..

juz get out of my face! menyampah aku dgn org hipokrit ni.

Ahad, 11 Julai 2010

weekend at nottingham semenyir..

sabtu ahad ni aku sgt free.
aku dgn roomate aku ashik jalan je.mentang2la takde keje.
isnin ni bru aku ade kelas, itu pun lab praktikal.
can't wait!
hari ni aku jalan2 dgn roomate aku and one international student i met.

she is from bangladesh. she is very beautiful and nice. i love her hair.
errmmm..
kitorg g belakang purple building which is faculty of buisness.
jumpe kwsn perumahan,myb kat situla aku akan duduk time ijazah nnt.
and to make it clear, Mara takkan tanggug aku untk g overseas
aku akan duduk kat semenyir tu another 4 years..
mak aku jela yg frust.. hahaha
sbb bg aku aku dah dpt semua, aku tak rase aku boleh survive luar negara and Allah tahan aku kat sini
and aku still dapt tajaan mara.
xde ape yg aku nak kesalkan. sorila ek kalo aku dah hntr salah info kat sumer org.
hehehe..
enjoy gambar2 kat bwh nie k.. sroll downnnn...

ni bilik aku and my study table

ini itik nottingham dekat tepi tasik

ni view kat belakang U

ni la shagota from bangladesh

view kat belakang U lagi

ade jambatan sesat kat belakang U

ni bilik aku lagi

ni la lake nottingham time matahari terbenam

and picture lagi.... scroll down lagi...

another pemandangan..

teke mane satu aku?

kitorg cadang nak joging pagi2 kat sini

boleh nampak x? ni kat UK tau..

teke la aku lagi sekali

pokok kelapa banyaknye kat UK

semak samun mne ntah

ni la tempat aku bakal buat research about plant

my university

hanya sampingan
terima kasih sbb sudi tgk gmbr2 kat sini..
insyaAllah aku akan upload lagi kalo aku ade mse..

Sabtu, 10 Julai 2010

kat semenyih.. at its still selangor ok..

alhamdulillah..

setakat ni semua berjalan lancar kat Notts.
semalam ade induction pasal notts kat dewan kuliah die. besar n sgt selesa.
pastu ade pegenalan psl foundation sc.
bilik aku pun ok jep.
aku share dgn due org kwn.sorg Bal, sorang Adilah.
biilik tu share 4 org tapi satu katil kosong la.
smlm aku pening tgk jadual aku dgn kod kelas yg agak memeningkan.
hari isnin ni la start aku kene g lab bioscience nak start praktikal.
and my tutor gi Uk, so for 4 weeks kitorg takkan ade kelas tutorial.
tapi die janji kitorg takkan ketinggalan. aku actually kat komputer lab die.. aku bley gne free jep 24 hours..
ok la got to go..

Ahad, 4 Julai 2010

20 amalan murahkan rezeki

1) MENYEMPATKAN DIRI BERIBADAH
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, sepeti firmannya dalam hadis qudsi: “Wahai anak adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

2) MEMPERBANYAK ISTIGHFAR
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda nabi S.A.W: “Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, dan menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’I, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)

3) TINGGALKAN PERBUATAN DOSA
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda nabi S.A.W: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4) SENTIASA INGAT ALLAH
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati

5) BERBAKTI DAN MENDOAKAN IBU BAPA
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezeki, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya danmenyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibubapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda nabi, “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslahrezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailani)

6) BERBUAT BAIK DAN MENOLONG ORANG LEMAH
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7) TUNAIKAN HAJAT ORANG LAIN
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri seperti sabda nabi S.A.W : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8) BANYAK SELAWAT
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu ‘alam.

9) BUAT KEBAJIKAN BANYAK-BANYAK
Ibnu Abbas berkata: “ Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10) BERPAGI-PAGI
Menurut Rasulullah S.A.W berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11) MENJALIN SILATURAHIM
Nabi S.A.W bersabda: “ Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12) MELAZIMI KEKAL WUDHUK
Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda S.A.W bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13) BERSEDEKAH
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi S.A.W bersabda kepada Zubair bin Al-Awwam: “ Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka sesiapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan sesiapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a)

14) MELAZIMI SOLAT MALAM (TAHAJUD)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi penyebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan oleh Allah.

15) MELAZIMI SOLAT DHUHA
Amalan solat Dhuha yang dibuat ketika orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi, “ Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti Aku cukupkan keperluannmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani).

16) BERSYUKUR KEPADA ALLAH
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat dari Allah. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku, kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesengguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Ibrahim:7) Firman-Nya lagi; “ … dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17) MENGAMALKAN ZIKIR DAN BACAAN AYAT QURAN TERTENTU
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali selepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah sati nama Allah, al-Fattah (maha membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “ Ya Allah, ya Fattah” berulang-ulang diiringi doa: Ya Allah, bukakanlah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa yang mengamalkan bacaan surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu ‘alam.

18) BERDOA
Berdoa menjadikan seseorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19) BERIKHTIAR SEHABISNYA
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nyatapi agama hanya Allah beri pada yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan Al-Hakim). Bagi orang beriman tentulah dia mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik, dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20) BERTAWAKAL
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).”(At-Thalaq:3)
Nabi S.A.W bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dari Umar bin Al-Khattab r.a)

Jumaat, 2 Julai 2010

zaman Nabi Nuh zaman teknologi



Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?FIKIRKAN.100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.



Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini.Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.Maka jika berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA?Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan.Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan.Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.


Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini.Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua,bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.TIDAK SAMA SEKALI.Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya) di China.Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika!Apa maksud semua ini?Berapa umur Bumi sebenarnya?Berapa umur umat manusia sebenarnya?.Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason.Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia.Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.Maka setelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir.Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu,bercucuk tanam dan mengail ikan.Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta.Mereka juga menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.


Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar 'dongeng-dongeng' ini dikala kehidupan mereka sekarang ditahap zaman Paleolitik.Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai 'keajaiban' cerita-cerita ini.Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang 'nakal' mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu Mahabrata.Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan dewa-dewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar lautan.Cuba perhatikan patung-patung sembahan Hindu.Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba.Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit?Lelaki tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!!Itulah yang terjadi kepada orang-orang Hindu.Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata,Veda serta Upanishad.Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek moyang mereka yang menaiki pesawat terbang,komputer,reaktor nuklear dan kereta mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari!FIKIR-FIKIRKAN....tidak rugi kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.